Followers

Friday 25 January 2013

Ikan Toman Bunga

As-salam.

Pada hari Rabu lepas kami ke Subang Jaya, seksyen 19, iaitu ke Klinik Rosli dengan tujuan mengambil sampel darah untuk ujian darah tahunan Mak Aji. Tidak puas rasanya ke klinik panel yang berhampiran rumah Mak Aji sebab doktor di Klinik Rosli sudah bertahun-tahun dengan kami. Lagipun doktor itu suami kepada rakan sepejabat Mak Aji (pun sudah lama berpencen awal isterinya).

Selesai di klinik kami ke medan selera kerana ketika itu sudah hampir tengah hari. Kami makan di salah satu gerai di situ dan di situ terdapat sebuah akuarium dengan dua ekor toman bunga yang saiz ikannya agak besar juga, sekitar sekaki lebih panjangnya. Saksikan: 





Teringat pula foto yang pernah Mak Aji lihat - foto ikan toman bunga yang coraknya berbentuk kalimah Allah! Jenis toman inilah agaknya! Masya-Allah sungguh cantik coraknya!






6 comments:

Sarina said...

Salam..best nyer info nih,ikan pun ada tertera kalimah allah..

Ummu Madihah said...

Salam Airis,

Kalau nak ikutkan kalimah Allah pernah juga terbentuk semasa daging korban dihiris untuk dimasak! Begitulah Allah menunjukkan kebesarannya!! Terima kasih kerana follow.

Anonymous said...

Ini ikan toman harimau , bukan toman bunga .hehe

Ummu Madihah said...

Salam Orang Tak Bernama,

Memang itu namanya ke?? Entah2 melawak ya sebab gelak tu!

Anonymous said...

Boleh tahu dekat mane gerai ikan ni?

Unknown said...

Yup ni toman harimau ada org panggil toman batik toman Bunga lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...