Followers

Friday, 18 January 2013

Projek Hujung Minggu

As-salam.

Petang tadi kami membuat persiapan awal untuk projek hujung minggu di laman. Sejak kami berpindah ke mari, laluan kereta cuma ditabur dengan batu agregat halus dan tidak disiapkan dengan tar (agak mahal) ataupun konkrit. Setelah 'mengeram' (bertangguh) beberapa lama, Pak Aji merasakan tiba masanya untuk dituang konkrit agar (antara lainnya) porch lebih mudah dijaga kebersihannya. Dia juga merasakan bahawa kawasan berkonkrit untuk laluan kereta perlu diasingkan daripada kawasan berumput. Berikut persiapan yang dibuat petang tadi:

Kawasan dibersihkan daripada rumput, diletak besi bersilang dan disiapkan sisinya.
Laluan kereta dari pagar masuk ke porch.
Insya-Allah esok para jejaka idaman di rumah ini akan berhempas pulas mengerjakan jalan laluan kereta ini. 



2 comments:

Aida Salleh said...

salam kak! kak, projek laluan kereta dah siap? :-)

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Projek belum sempurna lagi, masih dlm proses. Org yg nak buat tar nakkan duit sampai RM4000, jd Pak Aji nakkan konkrit readymix je. Yg ni cuma dlm RM1500 je tp sbb ketika org tu sampai cuma ada 3 org saja, tukang simen xde, maka lekak-lekuklah permukaannya. Pun kena buat cepat sbb benda tu cepat keras, tukang spread pun bukanlah lasak sangat, tercungap-cungap mrk kerjakan (Pak Aji, boy ngan zhafran). So kena seround lagi utk ratakan permukaan pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...