Followers

Monday, 15 October 2012

Tinjau Jualan di Harvey Norman

As-salam.

Lewat pagi Mak Aji dan Pak Aji ke beberapa buah kedai barangan elektrik dan seterusnya ke Harvey Norman di Ikano di Mutiara Damansara. Rupa-rupanya ada jualan. Namun kami cuma ke bahagian barangan elektrik (kalau seorang sahaja mahu lebih jauh Mak Aji menapak, alamat puaslah mengukur luas ruang Harvey Norman!). Apabila berdua pendek sedikitlah langkah, pendek kata, baik sedikitlah.  

Kalau ingin meninjau dan seterusnya membeli barangan elektrik, eloklah ke sana sebab pilihannya cukup banyak. Sebut sahaja anggaran peruntukan yang kita ada untuk sesuatu barangan dan semaklah dengan harga yang terpampang, daripada yang paling murah hinggalah yang paling mahal. Sebenarnya mereka tidak membenarkan tetapi sebelum Mak Aji dilarang merakam foto, sempat jugalah Mak Aji merakam beberapa barangan yang istimewa seperti berikut:

Kenwood mixer - adalah yang solid steel wei, siapa kata takde??

Immersion/hand-held blender yang macam mereka pakai buat puree tu!!
Takdalah mahal sangat! Sekali dengan chopper dan ada yang sekali
dengan whisk juga!

Terjumpa blender yang boleh buat smoothie, ada fungsi
ice-crusher lagi!! - di punat depan tengah.
Convection oven generasi yang terkini - yang Mak Aji punya generasi antik!!
(dari jenama yang sama, Panasonic - Mak Aji punya masih National).


And, last but not least, cuba teka apo e ko bondo nih???


Inilah radio mudah alih generasi baru yang ada stand macam flat-screen TV,
juga boleh disangkut ke dinding! Ada remote lagi!

Untuk pengetahuan radio ini boleh 'membaca' CD MP3, juga boleh dicucuk USB - ada portnya. Pertama kalilah kedua-dua orang tua ni melihat radio secanggih ini.

Kami sebenarnya keluar dalam misi mencari radio mudah alih yang boleh dicucuk USB selain boleh mainkan CD MP3. Radio mudah alih sedia ada agak kurang cerdik sedikit, tidak tahu 'membaca' CD MP3. Jadi, bila ingin mendengar CD, kami tidak dapat mendengar apa-apa! Jadi inilah yang kami angkut balik selain Tefal Mixer (untuk buat smoothie tentunya!! Dah dapatlah MONIE!). Yang lain-lain itu biarlah orang lain pula membelinya!!

Catatan: MONIE, Mak Aji terjumpa set spin mop yang macam Mak Aji beli tempoh hari, cuma yang ini lebih baik, lebih tegap, bahagian dalam tempat perah mop daripada keluli, harganya RM159! Kedainya betul-betul di pintu hadapan Harvey Norman di Ikano ini. Pak Aji kata, "patut beli yang ini!" Haisyyyy!

Oh ya, Mak Aji terpandang peti ais pelbagai warna, hijau, merah, macam yang dalam 30 Minute Meals dengan Rachael Ray, harganya (yang saiz peti ais dua pintu yang paling kecil) yang berpintu satu dekat RM10,000!! Cantik bentuknya! Mak Aji teringat peti ais arwah atuk dahulu begitulah rupanya cuma warnanya kelabu asap sahaja!).
 

4 comments:

Nuraihana said...

microwave tue sebijik mcm along punya...besar gedabak...xlarat nak angkat sorang2...

Ummu Madihah said...

semalam harganya RM 28oo sebelum diskaun sikit rasanya. Dah mula baking ke selepas dikemas hari tu?? Budak2 tu pasti suka cup cakes!

Anonymous said...

Suka tengok barang2 letrik untuk dapur, tapi tu le bila dah beli jarang pula guna. ;)

Ummu Madihah said...

Mak Aji rasa ramai yang begitu (termasuk diri sendiri!), semasa beli beria-ia benar, sudah ada jarang guna pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...