Followers

Monday, 22 October 2012

Jalan-jalan Orang Pencen

As-salam. 
Lama benar rasanya Mak Aji tidak bersiaran. Mak Aji mengalami sedikit kesukaran untuk mendapat akses internet dek kerana kejahilan teknologi. Telefon bimbit sudah ada internet dan i-Pad sudah di kelek ke hulu ke hilir tetapi Mak Aji tidak tahu sepenuhnya cara untuk menjadikan telefon bimbit sebagai 'ibu' untuk mendapat akses internet. Setelah diajar anak buah di KB barulah ketahuan.

Sebenarnya Mak Aji dan Pak Aji berjalan-jalan agak jauh juga dalam tempoh seminggu ini. Kami bertolak ke Kemaman pada hari Rabu lepas, tidur semalam di Kemaman, bertolak ke Kota Bharu dan tidur di Kok Kapok, Thailand, tidur dua mala di rumah kakak di Pasir Tumboh, terus bertolak balik ke KL. Semasa tiba ke Gua Musang kami melihat persimpangan ke Cameron Highlands, lalu terus masuk. Kami kami sekarang di Cameron Highlands di rumah adik yang bertugas di sini! 

Itulah dia kisah jalan-jalan orang pencen. Ke mana tergerak hati untuk pergi, insya-Allah boleh sahaja pergi (tentunya yang dekat-dekat sahaja, yang jauh tidaklah termampu pula), tanpa perlu fikir untuk balik cepat kerana tugas di pejabat menunggu! How wonderful life is!! 

Mak Aji ada merakam  banyak foto jalan-jalan kami untuk dikongsi tetapi oleh kerana kabel tidak dibawa maka muat naik foto ditangguhkan dahulu. 

Cuaca di Cameron seperti juga di Kota Bharu dan selatan Thailand, juga di KL, agak kurang menentu, kadang-kadang hujan umpama musim tengkujuh dan kafang-kadang agak panas. Di Cameron cuaca agak sejuk dan semasa kami hampir tiba kabus tebal menyeliputi hinggakan kereta terpaksa dipandu perlahan. Apapun alhamdulillah kami tiba dengan selamat. 

Sebentar lagi kami akan keluar untuk bertolak balik ke KL. Sebelum itu insya-allah akan menyinggah  ke beberapa tempat menarik. Nantikan fotonya nanti! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...