Followers

Monday, 22 October 2012

Sehari Semalam di Kemaman

As-salam.

Selesai kami makan nasi mandy pada tengah hari Rabu lepas di Restoran Al-Muttaqin, kami bertolak ke rumah kawan Pak Aji di kawasan tepi pantai di Kemaman. Rumahnya cukup besar dan terdapat sebuah ruang yang boleh dianggap seperti dewan yang boleh memuatkan sekitar 100 orang. Ruang ini selalu dimanfaatkan apabila terdapat ulama yang berkunjung ke Malaysia. Cuba lihat rumah tersebut dan ruang yang dimaksudkan:


Rumah tempat kami bermalam semalaman.
Dewan yang cukup luas. Kelihatan sarapan kami di sudut kanan.


Selain dinding yang dihiasi foto ulama-ulama besar, terdapat juga jenis kain lama seperti berikut:

Kain Palembang Jantan.
Kain Cindai Betina.

Sekitar petang Mak Aji dan Pak Aji keluar ke seberang jalan rumah tersebut untuk merasa satar yang dijual. Ini warung satarnya:


Satar di warung ini cukup sedap manakala otak-otaknya agak biasa sahaja.
Berpuluh satar kami kerjakan!!

Kami dimaklumkan selepas makan satar di warung tersebut bahawa terdapat satar yang lagi sedap tidak jauh dari situ, katanya Satar Wan Aziz. Malangnya kami tidak lagi berpeluang untuk mencuba. Alhamdulillah satar inipun sudah cukup sedap bagi kami.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...