Followers

Monday, 8 October 2012

Rumahku Syurgaku

As-salam.

Alhamdulillah Mak Aji sudah pulang ke rumah petang semalam selepas makan kacang pol Haji lagi sekali di Plaza Larkin. Sempatlah dua kali makan sebelum balik ke KL! 

Pada hari Sabtu, Mak Aji masih kurang sihat, jadi tiadalah program apa-apa kecuali ke sebuah kedai menjual peralatan kek di Perling. Kedainya agak besar dan pelbagai bahan serta peralatan kek terdapat di situ. Alhamdulillah dapatlah Mak Aji membeli beberapa barang yang diperlukan.

Mak Aji terpandang chocolate fountain mini seperti berikut, buatan China, cukup menarik sekali. Sibuk sekali pekedai memujuk agar Mak Aji membelinya dan harga sanggup diturunkan ke RM99! 

Chocolate fountain.

Kalau ada jamuan makan, tentu menarik kalau ada ya! Kanak-kanak tentu suka, orang dewasa pun! Siapa yang tidak sukakan strawberi atau buah lain yang dicelup coklat?? Apapun Mak Aji tidaklah membelinya. 

Yang dibeli, cooling rack, loaf pan, revolving cake-stand serta acuan kek yang menarik pernah Rima dari Bisous A Toi gunakan untuk keknya, seperti ini:

Sekali pandang macam perisai Arthur dalam siri TV Merlin, kan!!

Pak Aji akan sampai balik ke rumah sekitar tengah hari esok. Jadi Mak Aji akan masak sedikit, entah apa lagi untuk sambut dia balik! Semangat membaking sedang membara sebab dapat banyak mainan baru untuk dicuba!

Oh ya, rupa-rupanya kedai yang Mak Aji kunjungi juga menganjurkan kelas membuat kek. Mereka juga ada blog mereka sendiri seperti berikut yang boleh anda kunjungi: perlingindah.blogspot.com



5 comments:

Suhana dbp swk said...

wah gituh..mak Aji beli perisai Merlin..cantiknya..lepas ni mesti projek kek memanjang jer..hehe

Suhana dbp swk said...

hehe..ingatkan dah beli chocolate fountain mini tuh..kalau tak meriah, boleh buat makan2 dgn anak cucu dan kawan2..hehe

Ummu Madihah said...

Su, belum dapat test lg perisai ni sbb kurang sihat, tunggu kau!

Tulah, syokkan kalau ada, yg saiz kecil ni x mahal pun! Takpe, kalau nak beli jg kat KL pun ada kut (nanti Pak Aji berleter - buat aperr ni?? - he he!!)

Suhana dbp swk said...

heehehe..takpe...ambik masa buat tu semua...hehe kalau anak2 mak Aji balik, adalah tukang perabih nanti..hehe

Ummu Madihah said...

ya Su, kena tunggu anak2 ada baru ada tukang makan, harap kami berdua takat manalah nak makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...