Followers

Tuesday, 12 July 2011

Kolam Ikan Mengecil


Ini kolam ikan di rumah lama di Subang, diambil dari tingkap bilik utama. Bil api untuk pam air kolam sahaja cecah RM100 sebulan, baki RM200 lebih lagi untuk penghuni rumah yang bukan ikan tapi orang.

Di rumah baru di Sungai Buloh, saiz kolam ikan mengecut ke saiz ini, yang bil apinya RM0. Amat sesuai dengan langkah penjimatan memandangkan kenaikan tarif elektrik.


Pak Aji menyebut nak buat kolam ikan lagi, Mak Aji kata, NO, NO, NO! Dulu bela berpuluh-puluh ikap koi jepun dan tempatan, keli albino, patin biasa dan albino, juga puyu. Semua ikan tinggal arwah apabila elektrik terputus akibat ribut petir. Bila anak balik rumah dua tiga hari selepas itu, ulat setebal seinci berada di seluruh permukaan kolam. Baunya jangan cerita. Dalam peti ais pun samalah baunya. Selepas operasi pembersihan, beberapa hari baru hilang baunya.
Sekarang penghuni kolam kecil, gapi, beranak-pinak pulak tu. Cuma kena hati-hati dengan anak orang sebelah yang sesekali menjengah kolam ikan kecil ini lalu meninggalkan mainan ke dalamnya!

4 comments:

Anonymous said...

Mah,I ingat lagi kolam Dan ikan koi you tu...tapi paling tak boleh lupa sampai sekarang ialah almari antic you yg kat ruang tamu tu..minat giler..cari juga yg lebih kurang macam tu setakat ni belum jumpa lagi..pinggan bunga kangkung dah tengah kumpul ni..nanti nak juga almari macam tu
Rospawan

Ummu Madihah said...

Wan, u kena gi Kedai Abdul, kat Jonker Street, Melaka, insya-Allah ada yang semacam almari tu! Sementara pinggan kangkung semakin bertambah, pi jenguk2 kat Melaka!

Anonymous said...

Pernah dengar orang kata joker street Melaka tu,tapi tak penah sampai...I ni syok sendiri je..sidia tu tak layan hobi I ni..pinggan bunga kangkung tu pun abang dgn adik I yg dok pi "hunting "untuk I ..sudahnya depa pun terikut juga.

Ummu Madihah said...

Hai, kalau gitu bila pencen nanti kena buat outing girlfriends ke Melaka!! Selama d selatan hari tu, taulah sikit kat Melaka, expert jauh sekali! Nampak gaya kita kena kecek cik abang kita utk lepaskan kita nanti!? Lebih drp pinggang kangkung ada Wan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...