Mak Aji mula kenal nasi ambeng masa kerja di JB dulu, itupun versi Mak Cik Tapah kat Larkin, dekat dengan pejabat sana. Rupa agak pelik sikit tapi rasanya oklah. Ikut skala 1 hingga 10 Mak Aji bagi markah 4. Semalam Mak Aji bertugas luar di Sungai Besar, ada mesyuarat di Pejabat Daerah. Sebelum itu kami pergi ke lokasi kami akan mengadakan program di Homestay Haji Dorani. Selepas selesai perbincangan dengan tuan punya inap desa tersebut, kami dihidangkan nasi ambeng. Nasinya dalam talam dan kami hadap talam tersebut berempat. Perut tengah lapar, rupanya pulak mengancam, apa lagi, kami menjamu selera sambil makan di kawasan terbuka, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang lengkap suasananya. Ini baru nasi ambeng!! Memang sekali makan terus terpikat. Thanks to Wak and wife, I am a convert now to the nasi ambeng fan group! Nanti Mak Aji muat naik gambarnya, sebelum tengok, pastikan dah makan dulu, kalau tak, nak ke Sungai Besar jauh tau!
Sambil melakukan urusan rasmi, kami sempat juga menbeli apa yang patut - mangga 3 kg RM10, pelbagai kerepek untuk raya nanti, (puasa belum dah beli kuih raya??) nata de coco 3 bekas RM10 (ni untuk puasa, bukan raya ya!), murah kan? Ikan pun ada, Mak Aji beli ikan duri beberapa ekor untuk masak kari malam ni. Juga ikan senangin, masak masam manis anak-anak suka.
Dah maghrib Pak Aji telefon bertanya-tanya pasal apa belum sampai balik lagi. Sebenarnya pemandu kami tersilap jalan, masuk jalan kampung mana ntah, itu yang lambat sampai. Akhirnya Pak Aji kena masak makan malam. Masa Mak Aji sampai rumah, Pak Aji dengan anak sedang siapkan bahan untuk buat tom yam. Mak Aji terus ambil alih. Oh lupa, Mak Aji juga beli sejenis udang, tak ingat namanya, yang macam lipan tu. Rupanya bila masukkan ke dalam tom yam, memang manis! Habis seperiuk tom yam dimakan kami berlima, hinggalah ke titisan terakhir! Memang berbaloi penat masak!
No comments:
Post a Comment