As-salam.
Mak Aji sebenarnya sudah berbulan-bulan (sejak Julai lepas - tertangguh kerana menantu Mak Aji bersalin dan berpantang di rumah dan seterusnya Mak Aji menjaga baby yang baru lahir itu hingga sekarang) merancang untuk ke Skudai untuk menziarah anak cucu yang menetap di sana. Menantu Mak Aji asyik sibuk dan tidak berkelapangan untuk membawa keluarga mereka untuk berziarah ke KL. Mak Aji sekadar menelefon dan Skype sahaja mereka. Lain rasanya jika tidak dapat benar-benar melihat mereka dengan mata kepala sendiri. Mereka semacam 'hilang'!
Pada hari Jumaat lepas (malamnya), sekembalinya mama dan ayah Aleesya ke rumah, Mak Aji dan Pak Aji bertolak ke Skudai. Kami menyinggah di Melaka untuk makan asam pedas terlebih dahulu. Terbukti asam pedas di medan selera Ayer Keroh kurang menyengat berbanding yang biasa kami makan di Restoran Pokok Besar di Kota Laksamana! Pak Aji malas untuk pergi jauh-jauh sebab tidak mahu lambat tiba di Skudai nanti. Lain kali sahajalah!
Kami tiba sekitar jam 12.00 malam dan cucu berdua sudah diulit mimpi. Keesokan paginya, sambil kami berehat di bilik selepas solat Subuh, pintu bilik diketuk keras! Apabila dibuka sahaja pintu, kedua-dua mereka menerkam memeluk kami! Inilah buah hati kami, Naufal dan Imran:
Naufal di kiri dan Imran di kanan. |
3 comments:
salam makji..
seronok dpt melepaskan rindu pd cucu yg lebih besar sikit kan..dorang pun mesti sgt rindukan tokma n tok abah dorang kan..mcm family kami taknak bg mak jg cucu sbb takut dia susah nak kemana2, tp cam makji seronok kan dpt jaga cucu..:)
comelllnya hero2 mak aji :)_))
Salam Ummuaidan,
Alhamdulillah lepas pergi jumpa mereka lega rasanya, terubat rindu! Tak puas kalau sekadar video call atau Skype, nak peluk2 budak2 tu! Memanglah sekarang sedikit sukar nak keluar sebab kena rantai kaki, tapi program kena buat pada hari minggu sajalah. Apapun kami masih keluar juga petang2 ke kedai mamak pekena teh tarik, bawa je Aleesya tu, bawa stroller dia. Doklah dia perhati kita minum!
Salam QA,
Alhamdulillah comel ya!
Post a Comment