As-salam.
Mak Aji pernah mendapatkan resepi apfel strudel daripada seorang kawan Jerman berpuluh-puluh tahun dahulu. Namun begitu belum pernah sekali pun Mak Aji membuatnya. Resepinya pun sudah hilang entah ke mana perginya. Apapun. pada petang ini sambil menjaga cucu, Mak Aji mencuba pai epal menggunakan puff pastry yang siap berjenama Kawan.
Ini rupanya sebelum dan selepas dibakar:
Hiasan bunga yang dihasilkan untuk menutup kecacatan pada doh penutup! |
Alhamdulillah cubaan pertama siap! |
Mak Aji rasa kalau disiapkan sendiri dohnya tentu lebih sedap sebab apabila Mak Aji membakarnya mengikut suhu dan jangka masa yang diberikan dalam resepi DI SINI, kulit pai menjadi terlalu rangup (dan sedikit keras). Inti pai pula agak sedikit kerana epalnya bersaiz agak kecil daripada biasa. Mak Aji juga menggantikan cranberries dengan kismis. Insya-Allah lain kali bolehlah dibuat resepi sepenuhnya pula!
Projek seterusnya piza pulak, he he!!
5 comments:
wahhh...dah terer tu...mesti sedap..bahan2 inti ikut selera sendiri..
salam kak....wahhhh rajin betul akak cuba resepi baru sekarang ni kan....bestnyaa.....
Salam Kam,
Takdelah terer, saya budak baru belajar, he he! Lepas ni boleh try inti lain pulak!
Salam Da,
Orang pencen yang takde kerja Da, asyik menerai resepi ajelah!
Alamak..sgt2 mnggiurknla mak aji..bhya tau belek blog mak aji ni..takut sy trmngidam ape2 yg mak aji msk nti :p
Salam QA,
Kalau dah termengidam, jenguk aje Mak Aji kat sini, dekat aje, kan! Boleh belek katalog Tupperware sekali, amacam???
Post a Comment