As-salam.
Mak Aji ada masuk grup FB yang dinamakan RESEPI, MASAKAN, KUIH MUIH, BISKUT, KEK.PUDING DAN PETUA KITA. Seronok juga melayan pelbagai resepi yang dikongsikan. Begitu jugalah pelbagai foto hasil percubaan ahli-ahlinya. Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Kalau tidak menjadi adalah pula yang memberi saranan membina agar percubaan seterusnya akan menjadi.
Sehari dua ini ada yang menyebut tentang fenomena kek minyak yang hampir semua orang mencubanya, Mak Aji juga tidak terkecuali. Pertama kali mencubanya, keknya sedap tetapi bukan kek yang masak, bingka jadinya!
Percubaan kali kedua - rasa-rasanya akan menjadi. |
Kek minyak ini boleh sama ada dibakar atau dikukus. Kalau kali pertama Mak Aji bakar, kali ini Mak Aji kukus pula!
Berikut hasilnya!:
Alamak, gagal lagi!!! |
10 comments:
salam makji,
nie baru pertama kali dengar kek minyak nie..sedap yer? nampak yang makji buat yg 2nd time tuh elok n cantik jer bak pelangi gitu..mesti sedap kan..kalau ngan kek butter mana lg sedap?
mak aji buat,guna minyak apa..
dulu buat,saya guna minyak jagung..org kata minyak masak biasa,Saji ke...sedap jugak..
Salam Ummuaidan,
Memang sedap kek minyak ni. Sebelum bakar atau kukus memang cantik, bila dah siap ada je yang tak kena, frust menungging! Kek butter pun sedap juga tetapi dengan caranya yang tersendiri.
Salam Kam,
Mak Aji guna minyak jagung. Oh ya ke, cuma minyak jagung lebih sihatlah ya.
Cuba lagi dan terus cuba sampai menjadi kak. Jangan putus asa. kalau tak larat nak makan panggil kami :-)
Salam Da,
Rasa macam nak give up dahlah. Bakar tak menjadi, kukus pun tak menjadi! Jeles tengok orang baru pertama kali buat dah gebas gebus jadinya! Walau tak cantik tapi kejap je selesainya sebab rasa boleh tahan, memang tak sempat panggil awak datang Da!
Kalau jadi kawah gunung berapi mcm tu, rasanya belum cukup masak tu... kena bakar/kukus lama sikit...
Btw, ni first time tahu pasal kek minyak... nanti nak cuba godek resepi jugak...
psst, nanti jangan lupa review kitchenaid bila dah guna tau Mak Aji... rasa nak beli jugak satu, kMix tolak ke tepi... hihihi
Salam Nurbijen,
Mak Aji ni x pernah kukus kek, ni kali pertama. Mungkin api tu sedikit terkecik drp yg sepatutnya, jadi perlu lebih lama. Itu yg x sempat masak sepenuhnya tu. Insya-Allah akan buat review nanti. He he, termakan juga ya!
Walaupun xbrpa mnjadi..tp rupanya ttp mnyeleraknla mak aji :))
Salam QA,
Rupamu yang tak menawan tetapi rasamu memang mabeles!
Post a Comment