As-salam.
Kakak sulung Mak Aji, Cik Ning ada berkongsi resepi roti pisang yang mudah dan sedap oleh Nurhidayah Shaltes daripada sumber www.facebook.com/buku resepi. Kebetulan di rumah ada sedikit pisang, pisang abu dua biji dan pisang emas kecil tiga biji. Apa lagi, merotilah Mak Aji!
Roti pisang. |
Mari kita lihat bahan-bahannya:
3 biji pisang ranum dilenyek
1/3 cawan mentega yang dicairkan
1 (Mak Aji cuma guna 3/4 cawan) cawan gula
1 biji telur dipukul
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-caranya:
Panaskan ketuhar ke 350 darjah Farenheit atau 175 darjah Celsius
Di dalam mangkuk besar campurkan mentega yang dicairkan, ke dalam pisang yang dilenyek dan gaul.
Masukkan gula, telur yang dipukul dan vanila. Gaulkan.
Masukkan serbuk penaik, soda bikarbonat serta garam. Gaul sebati.
Masukkan adunan ke dalam loaf pan berukuran 4x8 inci yang dusah dilenserkan mentega.
Bakar selama 1 jam.
Sumber foto: Facebook |
Catatan: Untuk menjayakan resepi ini anda tidak perlu menggunakan mesin pengadun. Cukup sekadar menggunakan senduk kayu sahaja - cukup mudah!
8 comments:
baunya harum semerbak ketika dikeluarkan dari oven,kan...sedapnya dimakan ptg2 bersam ateh o panas..
kek kegemaran kami jugak tu...
opps, ada beza ke kek pisang dan roti pisang Mak Aji? Dari resepi macam lebih kurang sama jer dgn kek pisang...
Salam Kam,
Betul tu, menantu Mak Aji masuk je dari pintu depan bila balik kerja dah tanya - mama masak kek apa?? Semerbak baunya!
Salam Nurbijen,
Lebih kurang je kek ngan roti ni, cuma kalau keknya tu teksturnya lebih gebus gebas (pinjam kata org muda2!) berbanding rotinya.
Bau pisang yg manis2 tu menarik jiran sebelah lah Mak Aji...
Salam JunAina,
Jiran sebelah tu pun kalau dah terbau tu, datanglah jenguk, bolehlah merasa sekali! Itupun kena cepat, kalau lambat memang licin, tinggal loyang ajalah!
Ehehehe! XthN ayat jom kita meroti tu :)
Asmk Mak Aji yg masih dalam percutian istimewa.
Saya dah cuba resepi ni Mak Aji, mmg terbaik, sedap, mebeles. Sy ada tambah cip coklat, mmg hasilnya tidak mengecewakan. Dah lama sy teringin nak gunakan loaf dan hasilnya mmg sejibik sama dalam garmbar Mak Aji..terima kasih sbb kongsi resepi..
Salam QA,
Kata baru tu, meroti, he he!
Salam Su,
He he, cuti memanjang! Cip coklat lagilah nyam nyamnya! Alhamdulillah, semoga kita sama2 beroleh manfaat dr resepi yg Mak Aji juga peroleh dr FB ni!
Post a Comment