As-salam.
Mak Aji pernah sebut tidak lama dahulu yang Mak Aji sangat suka waffle yang dijual di stesen komuter Sungai Buloh. Sejak makan waffle hasil tangan mak cik Indon tu, timbullah rasa mahu beli waffle maker. Dalam proses meninjau terjumpalah Mak Aji akan waffle maker ini yang dijual melalui FB berikut:
https://www.facebook.com/aimieazyshop
Mak Aji bukanlah biasa sangat membeli secara dalam talian ini, cuma sesekali sahaja dan setakat ini alhamdulillah tiada masalah yang dihadapi. Mak Aji suka menjenguk-jenguk barangan import yang dijualnya sebab harganya berpatutan, seringkali lebih murah daripada dibeli di sini. Tambahan pula boleh dibayar secara ansuran - habis bayar boleh dapat barang! Kalau berpeluang bolehlah anda jenguk laman Aimi ini ya!
Berikut pula waffle maker atau mainan baru Mak Aji - seronok apabila menerimanya tengah hari semalam. Mak Aji belum uji cuba lagi dan sekarang tengah tercari-cari resepi untuk dicuba!
Mainan baruku! |
Alat ini berjenama Kenwood dan mempunyai tiga fungsi, sebagai alat bikin sandwic, waffle dan juga panini! Fungsi 3 dalam 1 itu yang bagusnya dan harganya cuma RM148 termasuk kos penghantaran!! Seronok macam kena loteri pulak, he he!!
Catatan: Nama sebenar alat ini - Sandwichmaker Snacker Family model SM650.
Catatan: Nama sebenar alat ini - Sandwichmaker Snacker Family model SM650.
6 comments:
suka sgt dgn bau waffle yg baru dikeluarkan..wangi semerbak...inti apa pun sedap...
Salam Kam,
Samalah Mak Aji pun. Insya-Allah hari ni nak cuba buat waffle setelah cukup bahannya.
wah dah berjangkit mainan Mak Aji - kalah cucu-cucu. Tepung wafel readymade pun banyak dijual, kut malas juga tak tau le... he he he
Salam Monie,
Tokma pun kena ada mainan jugak, nanti jemu pulak! Ada terjumpa resepi yang sebut ready-made punya bancuhan tapi dok ingat kutlah kat luar negara. Kat sini pun ada ya! I ni puff pastry pun setakat ni belum jumpa2 yang ready-made punya, nak buat sendiri tak terbuat2 lagi. Nak sangat cuba buat pai!
Salam, mak aji...wah2..makin sronokla main msk2 lps nikan :)
Salam QA,
Beginilah mainan orang pencen. Takdelah lagi dok asyik nak buat baju sebab nak hadir majlis bagai. Sekarang majlis kat dapur je n ngadap cucu yang dijaga. Lebih seronok dan tenag hati sekarang alhamdulillah!
Post a Comment