Followers

Tuesday, 26 November 2013

Nostalgia 30 Tahun Dahulu

As-salam.

Lewat pagi tadi Pak Aji dan Mak Aji serta seorang ustaz dari Yaman, juga sedang melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Islam pergi ke Universiti Malaya atas sedikit urusan - ustaz itu atas urusan mendapatkan surat dari UM untuk urusan visa isterinya dan kami untuk menandatangani dokumen imigresen untuk ziarah ke Palestin, insya-Allah (temu janji dengan ejen pelancongan di situ). 

Kami menurunkan ustaz itu di sekitar bangunan Dewan Tunku Canselor (DTC) dan kami mengimbau kembali tahun 1983 ketika kami menerima segulung ijazah di situ. Di seberang jalan kami juga bergambar kenangan. Suasana di situ adalah sedikit perubahan, namun bangunan DTC masih tetap berdiri megah. Kelihatan anak-anak muda pelajar ke hulu ke hilir - kami pun muda seperti itu juga dahulu! 

Berikut foto kami 30 tahun dahulu di tempat yang sama:

Dari kiri adik serta ibu bapa Mak Aji, Pak Aji dan Mak Aji, bapa Pak Aji
serta kakak dan abang ipar Mak Aji. Di hadapan adik-adik Mak Aji dan dua
di kanan adik-adik Pak Aji.
Foto ini pula semasa kami muda belia. Kami kahwin sebaik
sahaja habis belajar.
Berikut pula foto pada hari ini:

Dewan Tunku Canselor yang penuh sejarah.
Sama sahaja rupanya cuma tahunnya sahaja yang bertukar!
Ada tambahan taman serta air terjun pula di sini! 
Kami pergi pada hari ini membawa cucu, Aleesya.
Aleesya tentunya ikut sekali Tokbah dan
Tokmanya.

10 comments:

Umm AA said...

sALAM MAKJI

Comelnya masa makji zamanmuda2 dulu..heheh maintainsampai skrang..heheh

kat UM nie pun biasa dok terjah jugak..adik ngan kakak dulu belajar sini jugak..so selalu dtg..:)

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

He he, seganlah pulok! Sekarang memang maintain, maintain lemak supaya tak kurus (alasan je tu, sebenarnya nak kurus tapi tak kurus2). Memang seronok going down memory lane ni! Kalau UA datang sini lagi pun masih lebih kurang sama je rupanya sekarang, tak banyak beza.

Aida Salleh said...

Assalamualaikum Kak,

Saya pun ada kenangan di situ jugak....cuma tahunnya berbeza...Indahnya...

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Akak lagilah nostalgia lebih sebab akak ngan suami jumpa dan bercinta di kampus, he he! Restoran Amjal kat roundabout tu dulunya warung je, tempat kami lepak sambil makan minum kat situ!

Anonymous said...

Salam Mah,
Pheeewwweeettt!. Dah la muda...,remaja lagi..kenangan lalu mengusik jiwa..

nurbijen said...

kenangan mengusik jiwa yer Mak Aji... Bagus UM tetap kekalkan landscape kat situ... tak byk yg berubah...
sweet gambar mak aji dan pak aji konvo.. saya pun pernah muda jugak, ahaks...

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

He he he! Teringat zaman muda belia dok bercinta kat situ tu!

Ummu Madihah said...

Salam Nurbijen,

He he, layan nostalgia zaman muda! Alahai awak muda belia lagi, anak masih kecik2 lagi. Anak bongsu Mak Aji dah berjanggut dah! Remaja purbalah katakan!

QA's ~ mamapapa said...

Wahhhhh...mak aji...kita ni sama2 produk um la ye :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Oh ya ke, cuma Mak Aji ni super duper seniorlah ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...