As-salam.
Pada hari ini ada tiga jemputan kenduri. Memang musim kenduri selalunya selari dengan musim cuti sekolah. Kenduri pertama merupakan kenduri kahwin anak jiran Mak Aji. Selesai makan (simpan perut untuk kenduri seterusnya pula) kami terus ke kenduri kedua.
Selesai kenduri pertama. |
Sambil berjalan menuju kereta, Mak Aji melihat ke atas dan terpandang yang berikut ini!:
Buah durian yang dahannya merentang jalan kecil menuju ke kenduri kahwin pertama ini! |
Melihatkan buah durian yang bergayut-gayutan dengan banyaknya di pokok, terdetik di hati, 'kalau aku dapat yang ini, barulah betul-betul kenduri!!' Nasib baiklah sekarang musim cuti sekolah, kalau tidak, anak-anak sekolahlah yang melalui jalan ini! Jangan ada yang tertimpa durian sudah!
6 comments:
Assalam makji,
memang kenduri betul tuh kalau dapat..tak payah dahgie kenduri yang berikutnya..heheh
amboi kak...meriah betul. saya nak cerita pun malu. saya ni tak pernah tengok buah durian atas pokok....huhuhuhuhu...
Salam Ummuaidan,
He he, kalau kenduri durian banyak2 memang tak larat gi kenduri lagi dah, kepanasan, bila nak ke kepala terus tumbang, bye-byelah kenduri!
Salam Aida,
Alahai Da, pecah lubang hari ni ya! Ni memang betul budak town ni! Nasib baik akak tunjukkan, kalau tidak, entahlah ya!
Huwaaaa! !ngerinya mak aji....betul2 kt atas kpala tu haaaaa :!
Salam QA,
Kalaulah jatuh semasa orang lalu-lalang memang nahaslah! Hospital Sungai Bulohlah tempat bertamu seketika, itupun kalau umur panjang!
Post a Comment