Followers

Friday, 22 November 2013

What Is It with You Guys??

As-salam.

Kita semua tentu sahaja ada kawan lama bukan? Kawan zaman sekolah rendah, menengah dan juga kolej/universiti serta tempat kerja, juga jiran sekampung/setaman dan sebagainya. Mak Aji juga sama. Apabila terbuka peluang untuk bertemu kawan lama kita begitu teruja sekali! 

Dalam pada ada seronoknya, ada juga yang kurang seronoknya! Mari Mak Aji cerita. 

Mak Aji pernah dapat peluang bertemu kawan sekolah menengah tidak lama dahulu. Setelah sampai ke rumahnya hati Mak Aji cukup seronok. Malangnya keseronokan hilang lentap dan diganti dengan resah gelisah setelah beberapa minit duduk di ruang tamu rumahnya! 

Mak Aji dijemput duduk lantas Mak Aji menuju ke kerusi bersebelahannya. Dengan tiba-tiba Mak Aji dijemput duduk bertentangan dengannya! Tersentak juga Mak Aji. Selepas itu bermulalah sesi untuk dia membuat sizing up terhadap Mak Aji! Mak Aji diteliti dari hujung rambut (tentunya rambut tidaklah nampak sebab bertudung, he he) sampai ke hujung kaki! Dia memerhati segala apa yang terdapat pada diri Mak Aji! Sambil itu tentunya kami berborak-boraklah. Setelah selesai sizing up dia pun banyaklah bercerita tentang keluarganya - agaknya berpuas hati bahawa dia jauh lebih tinggi kedudukan kewangan berbanding Mak Aji!

Setelah memberi beberapa alasan, Mak Aji cepat-cepat mohon berundur balik. Keluar sahaja dari rumahnya kenderaan kami diperhati lagi! Aduh, macam-macam gelagat orang ni ya!! Unbelievable! Rasa macam serik jumpa kawan lama - some have metamorph into some weird creature!!

Sumber foto: www.deviantart.com

Seorang lagi kawan baik yang Mak Aji jumpa juga berperangai agak pelik! Mak Aji ke rumah ibunya bersama-sama dengan Pak Aji. Mak Aji bercerita betapa rapatnya kami dahulu sebab kami ke sekolah pun berbasikal sama-sama. Kami terpaksa menunggu lama sebelum dia keluar ke ruang tamu dengan senyum yang semacam hendak tidak hendak sahaja. Setelah berborak seketika Mak Aji dimaklumkan bahawa dia baru sahaja lulus ijazah sarjana dari salah sebuah universiti tempatan. Memandangkan sikapnya yang acuh tak acuh itu kami beransur balik. Mak Aji cukup malu dengan Pak Aji sebab layanan yang sebegitu. Mungkinkah sebab dia sudah bersekolah tinggi berbanding kami??? Wallahualam! 

Sehari dua ini pula ada pula kawan lama yang baru mencipta rakan Whatsapp dalam kalangan kawan sekolah menengah kami. Mak Aji tanpa berfikir panjang masuklah sekali. Walau bagaimanapun apabila melihat posting rakan yang asyik memaparkan foto-fotonya di luar negara, Mak pun mula terfikir - here we go again!!! Not again!! 

What is it with you guys, can't we just be friends, no matter how highly educated or not we are; or how rich or poor we are; no matter what kind of car we drive; no matter how grand or not our house is; no matter how big the title that you carry, ......... Why can't we just be friends like we used to?????



8 comments:

Umm AA said...

Salam makji,
Masih ade lagi jugak spesis yg hidung bongkak camtuh yer wpun berpelajaran tinggi..ikutkan mmglah kita akan terasa hati kan..namun biarkanlah mereka makji, hanya tahu nak banggakan diri dgn harta n kejayaan dunia..orng yg kita pernah kenal dulu mmg boleh berubah makji, cuma yg tak tahannya berubah kearah yg tidak sepatutnya..

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Itulah, Mak Aji pun terkejut gak, apalagilah dalam usia 5 karat ni, sepatutnya rubah pun ke arah akhirat sebab usia pun dah senja! Kita pulak takdelah berpakaian yang glamer2, serebeh tewehlah ikut mata mereka ni, lagilah! Buat serabut kepala ada kalau nak melayan mereka ni!

Aida Salleh said...

Salam kak...
terkejut juga saya mendengar cerita akak. tak sangka saya dalam usia sedewasa mereka pun mereka masih memandang perkara-perkara sebegitu. Kalau saya ditempat akak tentu akan dipandang sebelah mata-bekerja hanya sebagai pegawai kerajaan, tidak berkahwin lagi dalam usia sebegini, tidak punya harta....huhuhuhuu...kenapalah perlu bersikap begitu...sedihnya...

kakmonie said...

Kesiannya kawan Mak Aji... sepatutnya kalau berjumpa tentu seronok bagai nak pecah dewan/rumah/pondok asyik bercerita kisah dulu-dulu. Tak payah berdunia dgn org seperti ni Kalau tak bercerita ttg kisah lama mgkn cerita akan datang... nun cerita akhirat!

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Itulah dia kita ingat orang macam kita, rupa2nya tak! Entahlah Da, sepatutnya dalam usia meniti senja ni hal2 dunia ni kita taklah hairan sangat dah, lainlah semasa muda2 dulu. Kita doakan aja agar sikap mereka berubah ke arah kebaikan, insya-Allah!

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Betul tu. Kalau beginilah sikap mereka Mak Aji tak daya nak pergi reunion bagai, malas nak melayan kepala2 mereka yang begini!

QA's ~ mamapapa said...

Hukhukhuk! Mmg la agknya kn lumrah manusia ni..sikap bongkak..riak..dan takbur ni susah nk dipisahkn...nauzubillah..

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Itulah dia manusia, kan! Let the 'lovely' face yang dipaparkan itu explain what Mak Aji feel for them! Blahhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...