Followers

Thursday 14 November 2013

Jom Bikin Waffle

As-salam.

Selamat berpuasa untuk mereka yang berpuasa 10 Muharam pada hari ini. Memang tiada rezeki Mak Aji sebab baru perasan yang hari ini seharusnya puasa. Mungkin sebab malam tadi Mak Aji tidur awal sebab Mak Aji kurang sihat - kepala sakit dan juga pening pada masa yang sama.

Apapun, mari Mak Aji kongsikan apa yang Mak Aji bikin untuk sarapan pada pagi ini. Apa lagi kalau bukan waffle, memggunakan alat/mainan baru Mak Aji yang baru Mak Aji peroleh sehari dua lalu.

Ini hasilnya - waffle dengan whipping cream, sirap strawberi dan sekeping
hirisan strawberi.
Ini rupa alat/mainan baru.
Plat untuk kepit waffle, sandwic dan juga untuk tujuan
menggril yang boleh ditukar ganti.
Ini dia bancuhannya - resepi dari brosur alat ini.
Tadaaa! Ini dia waffle pertama bikinan Mak Aji!

Resepi ini agak mudah dan rasanya sedap - manis2 buah. Jadi boleh dimakan begitu sahaja tanpa ditaruh apa-apa! Ada sesiapa yang ada resepi waffle yang rangup? Sila kongsikan!



4 comments:

Anonymous said...

Salam Mah
I dah buat beberapa kali..cuma tak ranggup..guna tpg.serbaguna sudah,tpg gandum campur yeast pun sudah..ingat nak tanya u le..resepi u macamana..

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Masalah yang sama Wan, tak rangup! Dah 2 resepi i guna, dua2nya tak rangup. Tengah dok cari ni resepi agar rangup! Kalau u jumpa beritahu ya!

I punya resepi, 2 cwn tepung biasa, 3/4 cwn gula, 3 setengah sudu teh baking powder, 2 telur (asingkan, yang putih pukul sampai stiff peak), 1 setengah cwn susu segar, 1 cwn butter (dicairkan), 1 sudu teh vanilla. Caranya macam biasa ajalah. U punya mcm mana??

QA's ~ mamapapa said...

Nmpk sgt mnyeleraknla mak aji...sy nk g mlantak waffle anw la mcm ni :p

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Dah gi serang A&W dah, he he!?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...