Followers

Sunday 6 May 2012

Suasana Spa di Rumah

Sudah dua kali Mak Aji melayan diri dengan meminta tukang urut datang ke rumah. Untuk memaksimumkan keselesaan semasa berurut, Mak Aji cuba mencipta suasana ala-ala spa di bilik tempat berurut supaya kerehatan maksimum diperoleh! 

Mak Aji pasang pendingin hawa ke suhu agak sederhana, 23 darjah Selsius, turunkan bidai agar cahaya agak suram masuk ke bilik, pasang lilin pada tempat lilin (apa ke namanya benda ini ya??) 

Mak Aji gunakan pati minyak lavender.

dan  menuang beberapa titik pati minyak lavender. Pati minyak ini memang banyak digunakan untuk tujuan melegakan stres. Kesannya, sungguh memuaskan hati. Sambil berurut, tukang urut memberikan pelbagai petua menarik. Mak Aji ada mencatatnya di sini: http://greenfingers898.blogspot.com/. Cuba cari di bawah tajuk petua - selamat mencuba!


Sungguh selesa apabila badan diurut! Heaven is.....


Catatan: Sedang berkira-kira untuk meminta tukang urut bertungku sekali selain berurut. Pasti lagi umph!!!
Teringat-ingat semasa dalam pantang, badan dimanjakan dengan berurut dan bertungku selama seminggu berturut-turut!! 


2 comments:

izla said...

bestnya..dah lama x ber spa..

Ummu Madihah said...

Memang best, nak boh lilin banyak-banyak pun boleh, dah sendiri bikin! Yang best tu bila bilik semerbak bau lavendar yang cukup melegakan stres - rasa macam stres hilang di hujung-hujung jari tukang urut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...