Followers

Friday 25 May 2012

Laksa Kuah Kelantan

Pada hari minggu lepas Pak Aji mionta Mak Aji masakkan laksa kuah Kelantan sebab Pak Aji terjumpa laksa segera di kedai Mak Siti (pengusaha mi kuning Mak Siti) di Sungai Pelong, Sungai Buloh. Kalau hendak tengok kedainya ini fotonya:

Kedai Mak Siti

Kedainya tidaklah seberapa dari segi rupa tetapi Pak Aji suka berkunjung ke situ untuk mendapatkan pelbagai produk muslim seperti bebola ikan, kek ikan, mi kunimg, tauhu, fucuk dan sebagainya. Mak Aji pernah bertanya,  "Siti tu siapa?" Kata Mak Siti, tuan punya kedai, "Siti tu anak mak cik," lantas keluarlah nama Mak Siti!

Mak Aji pernah belajar jalan singkat untuk membuat kuah laksa, daripada sepupu Mak Aji yang sekarang berniaga pelbagai masakan Kelantan pasar malam di Seri Gombak. Untuk kuahnya ikan (yang sedapnya ikan sardin kerana rasa yang manis) direbus sahaja (macam rebus ikan biasa). Selepas itu keseluruhan ikan dari kepala hingga ke ekor dimasukkan ke dalam pengisar (blender), dimasukkan juga air rebusan ikan. Ikan yang dikisar terus sahaja ditapis dengan penapis dibawah: 

Penapis yang digunakan. Pastikan dibasuh bersih-bersih terlebih dahulu.

Menggunakan penapis ini, semua tulang ikan, insya-Allah akan terperangkap dan ikan tidak perlu diperisi dan ditumbuk - mudah dan pantas!!

Seorang tamu dari Thailand memberi petua ini kepada Mak Aji - jangan diletak lada hitam (cuma masukkan bawang merah dan sedikit halia sahaja) sebab kalau tidak, rasanya akan menjadi seperti kuah lemak putih (biasa orang Kelantan buat masak sayur).  

Maaf ya, foto laksa tiada - tidak sempat diambil foto, sudah ngapp baru teringat (dah lapar sangatlah tu!). 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...