Followers

Monday 28 May 2012

WWW 1 Bernilai RM520,000!

Rupa-rupanya ramai pihak yang membida nombor WWW 1 yang istimewa ini, termasuklah Yang Di Pertuan Agong sendiri (yang menang bida untuk nombor WWW 5)! Yang menang bida tersebut - Sultan Johor dengan nilai bidaan sebanyak RM520,000! Mengikut JPJ angka tersebut merupakan angka bida tertinggi setakat ini. 

Nombor kegilaan ramai!

Betapa banyaknya wang yang sanggup dibelanjakan untuk mendapatkan nombor tersebut! Kalau orang biasa-biasa seperti kita, sudah dapat rumah teres dua tingkat di kawasan yang agak bagus juga tu!!

Nombor plet yang tidak kurang menariknya.
Siapakah gerangan pemilik kereta ini? Sultan Azlankah??

Mak Aji ni bukanlah berduit banyak untuk membida jumlah wang yang besar untuk mendapatkan nombor cantik. Kalau setakat RM300 tu bolehlah, sekadar untuk mendapatkan nombor yang sama dengan nombor kereta-kereta kami yang lain, iaitu 7555. Pada Mak Aji itupun sudah cantik banget!! 

Sumber berita: The Star 28 Mei 2012.


2 comments:

izla said...

kalau saya ada setengah juta, saya beli rumah besar2..

tapi bila dah kaya sangat, apa pon boleh..

Ummu Madihah said...

Sekarang setengah juta tak besar mana rumah yg dapat Yang, kecualilah kalau kat Seremban ke, Bkt Beruntung ke!! Jenuhlah pulak bayar tol.

Tulah, kalau dah byk sgt duit macam2 idea yg keluar, ada aja idea nak ngabiskannya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...