Followers

Saturday 5 May 2012

Nasi Lemak Tanglin

Seorang kawan dari Bangkok turun ke KL dan kami bersarapan bersama-sama pada pagi semalam. Mak Aji tidak sempat membawanya makan ke tempat lain dek kerana kesuntukan masa, dia pun bertolak balik pada malam tadi. 

Sekitar jam 7.00 lebih Mak Aji menjemputnya di Sunway Putra (dahulunya Hotel Legend) dan kami terus ke medan makan berhadapan Hospital Tanglin. Kami terus beratur dan mendapatkan nasi lemak kami. Lama benar Mak Aji tidak pekena nasi lemak tersebut. Jadi sedang eloklah jamu kawan dan sekaligus melepas gian diri sendiri! Ini foto semasa kami di situ:

Nasi lemak yang cukup menyelerakan!
Rosmah dengan nasi lemaknya.
Kekenyangan!

2 comments:

Nuraihana said...

siapa nie mama?

Ummu Madihah said...

Ni kawan sama sekolah, junior di Kamil dulu. Asalnya dari Gong Datuk, dia kenal Pak Su Ghani Mak Su Nah tu. Sia kawin org Thai, dok sana dah 20 tahun lebih. Dia dtg KL, mama sempat jamu makan kat sini je, x cukup masa. Skrg kalau nak gi Bangkok ada 2 kawan kat sana!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...