Followers

Monday 7 May 2012

Penyakit Berjangkit

Mula-mula anak kecek kongsi beli TV. Lepas beli TV yang skrinnya lebih besar, nampak gambar macam pecah - anak kata kena pasang Beyond pula supaya gambar terang. Lepas itu, katanya speaker TV menghala ke belakang TV, sebab itu suara TV kena tinggi baru elok dengar siaran TV. Katanya lagi, supaya bunyi lebih bagus, kena beli home theatre pula! - baru bagus kalau tengok wayang, ada surround punya bunyi macam dalam pawagam!! 

Hai, sampai bila hendak habis penyakit berjangkit ini?? Mahu rabak orang tua ini dikerjakan anak-anak!

Mak Aji bukannya faham sangat dengan Beyond segala ini! Ada sesiapa yang lebih arif agar boleh diberi pencerahan kepada Mak Aji?? 


2 comments:

- dieyana - said...

saya pun tk reti beyond ni, mak aji. ada la jugak diaorang duk sebut2 beyond..saya tau tengok tv aje..heheh

Ummu Madihah said...

smlm org dtg pasang, tukar astro dish br, decoder br, remote pun br. Ada beberapa channel br tp kurang pasti brp. Kualiti gmbr, memang cantik berbanding biasa. Mak Aji pun br nak belajar guna remote br, takut sbrg picit, hilang gmbr, he he !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...