Followers

Monday 7 May 2012

Layan Diri di Romantika

Pak Aji tiada di rumah sehari dua ini - ke Surabaya untuk hol Habib Jakfar di Pasuruan, Jawa Timur, juga untuk menziarah anak-anak kami, Madihah dan Asyraf. 

Dengan ketiadaan Pak Aji, Mak Aji mengambil peluang menyinggah di Romantika, Carrefour, Kota Damansara dalam perjalanan pulang dari ofis. Carrefour memang sejak awal dibuka agak lengang berbanding Giant yang berhampiran - nampak kurang meriah tetapi agak selesa kalau menjamu mata atau membeli-belah, cuma pilihan agak terhad, tidak seperti di Giant. 

Mak Aji berniat mencari jam dinding untuk bilik. Jam sedia ada kurang sesuai di bilik baharu, jadi perlu diganti dengan yang lebih sesuai. Ini yang sempat disambar sementara berkejar untuk sampai ke rumah untuk solat Asar:

Untuk jam di bilik, yang ini ke .......
..... yang ini??? Dua-duanya Mak Aji suka!
Tong sampah (juga untuk bilik) pun berbunga!
Teromputeh pulak bahasanya!! (sebab tiada yang berbahasa Melayu).
Nasib baik sudah hampir pencen!
Tempat letak pinggan. 

Catatan: I have always been a sucker for roses, English roses. Jadi, kalau ke Romantika, banyaklah yang hati ini teringin, cuma disabarkan diri sahaja!! 


2 comments:

- dieyana - said...

romantika ni kedai dia lebih kepada konsep inggeris kan...tak pernah masuk, tgk dari luar saja...sebb saya kurang minat dgn konsep inggeris. tapi kalau tgk rumah org yang hias konsep inggeris, suka aje tgk..cuma nmpk renyah time nak ngelap..boleh la kalau hak simple2. (tambah dgn anak kecik..lebih sesuai dgn konsep minimal..heheh)

Ummu Madihah said...

Mak Aji pun x pakai konsep Ingg sangat, main campur2 aje, kalau byk sgt pun semak jugak! Suka mix n match - suka2 hati aja! Memang konsep minimalist sesuai dgn yg ada anak kecil!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...