Followers

Saturday, 19 May 2012

Pengalaman Berharga

Sepanjang berkursus beberapa hari lepas, Mak Aji minta Pak Aji hantarkan ke stesen komuter Sg. Buloh supaya Mak Aji boleh menaiki komuter terus ke stesen Putra, berjalan ke stesen LRT PWTC, berhenti di stesen berikutnya iaitu Titiwangsa, berjalan lagi untuk akhirnya menaiki monorel terus ke stesen Raja Chulan. Tempat berkursus betul-betul di hadapan stesennya. 

Pada awalnya memang penat, susah hendak cerita tetapi setelah beberapa hari alhamdulillah badan terasa ringan dek kerana berpeluh sampai ke keting (pakai baju kurung kain kapas agar boleh meresap peluh!). Nasiblah siapa yang duduk dekat-dekat dengan Mak Aji, kalau terbau peluh asin, he he!! 

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan - tersilap naik komuter ke Bt. Caves dan bukannya ke Rawang (dalam perjalanan balik ke rumah!). Apa lagi, kena balik ke stesen Putra barulah balik ke Sg. Buloh. Padan muka - leka sangat memerhati orang!

Apa yang Mak Aji paling suka naik komuter ialah adanya koc khusus untuk wanita ( a real blessing!). Kalau selama ini wanita terpaksa berhimpit-himpit dengan lelaki, sekarang tidak lagi. Hendak tengok macam mana rupanya koc baru ini? Lihatlah:

Spanking new China made KTM coach! Masih berbau kedai!
Dari dalam.
Juga dari dalam. 

Sebenarnya Pak Aji lebih suka kalau Mak Aji bawa sahaja kereta dan tinggalkannya di ofis lalu berjalan sedikit dan naik monorel di stesen Hang Tuah. Namun, Mak Aji berkeras untuk bersusah sedikit kerana ingin memaksa diri berjalan (untuk menyihatkan badan) dan mengharung semua itu. Paling tidak Mak Aji dapat beli beg dan kasut baru yang sesuai untuk cara begini!! He he, jangan beritahu Pak Aji!!

Mak Aji sudah dekat sangat hendak pencen, jadi kalau tidak payah pergi ke ofis, walaupun untuk letak kereta percuma, rasanya lebih baik. Hidup Mak Aji akan jauh berbeza daripada apa yang dialami selama hampir 30 tahun. Lebih cepat Mak Aji 'meleraikan' diri daripada ofis, maka itu lebih baik. Walaupun dari segi fizikalnya berada di ofis, sebenarnya hati Mak Aji sudah berada di rumah. 

Catatan: Pada mulanya ingatkan seminggu terakhir di ofis nanti bertujuan untuk menyelesaikan apa-apa hal lagi yang belum selesai, rupanya semua urusan, kecuali dengan LHDN, sudah selesai. Maka Mak Aji akan hanya berkemas barang-barang sahaja - bukan banyak pun! After that, I'm a free woman, free to do whatever and whenever I please (tentunya yang sepatutnya sahaja!).



5 comments:

AsiahRSC said...

Salute you bolehbuat semua tu ... kalau I mungkin tak sanggup, atau kena jual sebab I 'Orang Utan' bandar. Selayaknya duk kampung jer kot!!

Ummu Madihah said...

U takpe, dah gi gym, inilah gym i Siah!! Badan sedap bila keluar peluh, u pun tahu, kan!! Sebenarnya ada ramai juga org yg sengaja tinggal krt d stesen komuter utk ke KL. RM 3 sekali masuk. Kalau tengok krt mrk yg naik komuter, boleh agak bukannya org yg x berduit!! I rasa org dah mula beralih ke pengangkutan awam, cuma x semuanyalah! I rasa u pun boleh, cuma pada awalnya berat juga.

widad iskandar said...

Suka baca blog ini. Ringkas dan yg penting terasa keikhlasannya. Tahniah dan terimakasih

widad iskandar said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Madihah said...

Salam Widad,

Selamat datang ke blog Mak Aji. Alahai seganlah pulak! Singgah2lah lagi bila lapang ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...