Followers

Friday, 18 May 2012

Buat Beg Pula

Hari ini Mak Aji belajar buat beg untuk mengisi hadiah sebagai cenderamata. Rupa-rupanya ada pelbagai bentuk dan pelbagai bahan yang boleh digunakan. Lihat apa yang dihasilkan sepanjang hari ini:

Ini beg comel untuk mengisi hadiah bersaiz comel juga.

Beg ini boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz bergantung kepada saiz hadiah yang akan diisi. Jenis bahan yang digunakan juga bergantung pada berat hadiah - kalau berat guna jenis kertas keras dan tebal. Untuk mengemaskannya boleh digunakan tali yang rupanya seperti tali kasut untuk dibuat pemegangnya atau dibubuh riben dan diikat sahaja.

Bahagian dalamnya.
Ini beg berbentuk kemeja berkolar yang juga dikemaskan dengan riben.

Jenis beg ini sesuai untuk hadiah yang leper dan besar seperti kotak set baju bayi, kemeja lelaki (kena ubah suai jenis kolarnya - kolar ini Mak Aji sesuaikan bentuknya seolah-olah hadiah ini untuk Mak Aji (thus the round collar! he he!). Kalau untuk lelaki, kolarnya tentu lurus sahaja. Corak kertas pembalut juga perlu dipilih betul-betul agar sesuai dengan penerimanya. Ribennya jenis single butterfly bow


Perbandingan saiz beg yang dihasilkan.
Beg daripada waterproof tissue paper.
Pandangan dari belakang

Ini beg terakhir yang dihasilkan - jenis dua lapis menggunakan waterproof tissue paper. Di sini dua warna digabungkan menghasilkan beg yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, salah satunya untuk meletakkan hadiah berbentuk pokok bunga hidup sebagai hadiah, seperti pokok bonsai kecil, atau untuk diletakkan sejambangan bunga! Sedikit sukar menghasilkannya tetapi hasilnya cukup menarik!

Berikut beberapa foto yang sempat dirakam di kedai bunga tersebut yang ditempah pelanggan - moga menjadi idea untuk kita hasilkan sendiri!:

Ini teddy bear dengan belon, cukup comel untuk penerima hadiah cilik!
Yang ini mak budak pun suka! Tidak termasuk pokok
hijau dibelakang ya!

Hadiah terakhir berupa teddy bear besar sedikit bersama-sama coklat Ferrero Rocher dan juga sejambangan bunga kecil - siapa yang tidak suka menerima hadiah seperti ini!!?? 

Catatan: Tidak sabar rasanya untuk menghasilkan hadiah bunga hidup pula!


7 comments:

MONIE said...

Wah, cantiknya! Baru 3 hari kursus ni, selesai nanti kursus mesti lagi menarik

Ummu Madihah said...

Memang menarik apa yang dipelajari secara langsung dan juga x langsung. Ada student lain juga belajar, sambil2 tu kita boleh ngendeng sama, juga bila mrk buat untuk tempahan pelanggan!

- dieyana - said...

cantiklah, mak aji, lps ni boleh ambil tempahan..

AsiahRSC said...

Rajinnya you ... Nanti kenduri tu I nak semua ... termasuk untuk yang cilik tu juga!!! hehehe

Ummu Madihah said...

Alhamdulillah, Dieyana, apabila sesuatu dibuat dengan penuh minat, insya-Allah akan menjadi!

Siah - cewah, dah ada yang berminat nampak! he he!

- Suraya - said...

wah bestnya Mak Aji... byk boleh belajar... buat beg baju saya suka... duka saya pernah cuba buat tak tak derlah secantik Mak Aji buat tu... mesti teknik saya salah agaknya...heheheh

Ummu Madihah said...

Fatin, Mak Aji pun pernah buat dulu, Odah yang ajar, cuma berbeza sikit. Senang aja buatnya. Sekarang baru tahu tenik sebenar utk membuatnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...