Followers

Saturday 21 April 2012

Habib Abu Bakar bin Abdul Qadir Mauladdawilah

Seorang ulama dari Malang, Indonesia, Habib Abu Bakar bin Abdul Qadir Mauladdawilah akan berkunjung ke Malaysia esok malam atas undangan (kurang pasti daripada pihak mana). Seperti kunjungan beliau pada beberapa tahun lepas (ketika itu Mak Aji masih bertugas di JB), beliau menelefon Pak Aji memaklumkan bahawa beliau akan menginap di rumah kami untuk beberapa hari. 


Mak Aji ada sedikit kerisauan sebab takut tidak terlayan sahaja sebab Mak Aji masih bekerja dan cuti pun sudah tiada langsung! Rumah, Mak Aji kena pastikan siap untuk menerima tetamu - tetamu pertama yang akan bermalam di bilik tamu.

Semoga tetamu yang dirai nanti insya-Allah akan membawa rezeki serta keberkatan kepada kami, apa lagi apabila tetamunya seorang pewaris Nabi Muhammad saw!! Pak Aji punyalah seronoknya yang Habib ini memilih untuk menginap di sini!

Habib dengan Pak Aji (semasa beliau menginap di rumah tempoh hari).
Catatan: Ganteng amat Habib ni, masih bujanglah!!

2 comments:

izla said...

wahh dasyhat la tetamu mak aji..

Ummu Madihah said...

Alhamdulillah, semoga orang yang seperti ini membawa keberkatan kepada keluarga kami, insya-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...