Followers

Saturday, 31 August 2013

Air Oh Air!

As-salam.

Sejak malam tadi rumah kami mengalami masalah bekalan air. Menjelang petang ini, air tangki sudah hampir habis, sudah menitik keluarnya! Dengar khabar masalah ini akan berlanjutan selama kurang lebih seminggu! Mahu sahaja Mak Aji lari ke rumah Along di Skudai selama beberapa hari. Apakan daya esok ada jemputan kenduri kahwin kawan baik Madihah. Mak Aji insya-Allah mesti hadir sebab Madihah pastinya tidak mampu hadir. Hari Isnin pula menantu Mak Aji mula naik kerja selepas cuti bersalin selama 2 bulan. Jadi, Mak Ajilah inang pengasuh si Aleesya tu! 

Petang tadi alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi, Mak Aji minta anak bujang keluarkan tong air yang besar untuk ditadah air hujan, sekurang-kurangnya untuk cuci mencuci apa-apa yang patut. Air dari water dispenser sudah hampir habis. Alamat kenalah keluar membeli air minerallah jawabnya untuk air minuman! 

Operasi menadah air hujan untuk bekalan kami.

Entah berapa lama lagilah begini keadaannya?! Kalau diikutkan hati mahu sahaja Mak Aji melancong ke Paris, he he!! Di sana tentunya tiada masalah air, kan!!



Thursday, 29 August 2013

The Happy Faces of Aleesya

As-salam.

Mak Aji ingin kongsikan beberapa foto terkini Aleesya, cucu baru Mak Aji. Seronok sekali melihat gelagatnya yang sudah mula tersenyum dan ketawa apabila ditegur. Juga dia sudah mula pandai 'bercakap' serta memberi respons kepada kami!






Tempoyak Segera!

As-salam.

Dua hari lepas Pak Aji balik ke sini sari kampung dengan menaiki bas. Dibawanya setong/sebekas durian yang sudah dikupas kulitnya. Pagi-pagi lagi (setelah sampai ke rumah) dimasaknya pulut untuk hidangan pulut durian. Dan pagi-pagi jugalah dimakannya pulut durian buat sarapan! Mak Aji pula bersarapan ringkas sahaja dan menunggu tengah hari untuk makan pulut durian. Menjelang tengah hari bekas berisi durian itu, cuma sekitar separuh sahaja yang masih segar dan selebihnya sudah mula menjadi tempoyak! Jadi, durian sebekas hanya tinggal separuh segar, separuh tempoyak! 

Jadi, kalau anda pulang ke kampung (yang kampungnya Kajang lupakanlah sahaja ya!) dan inginkan tempoyak segera, buatlah seperti yang Pak Aji buat, perap isi durian dalam bas (sepanjang perjalanan dari KB ke KL), insya-Allah sesampai ke KL separuhnya sudah sedia menjadi tempoyak tanpa anda berbuat apa-apapun! 

Oh ya, begitu jugalah dengan tapai beras - arwah ibu Mak Aji biasa bikin tapai dengan kaedah yang lebih kurang sama! Tapai siap berbungkus (daun pisang, mana ada yang dibubuh dalam bekas plastik seperti sekarang) sebelum bertolak ke KL dari Pasir Puteh (bandar tempat Mak Aji dibesarkan). Isikan semuanya dalam bekas (periuk ketika itu) lantas dibungkus lagi dengan kain batik. Letak di but (bukan bonet ya! Sakit sahaja telinga Mak Aji bila orang sebut bonet! Di bonet ada enjinlah! Kecualilah kalau volkswagen!) kereta. Insya-Allah bila sudah tiba di KL, tapai sudah siap sedia untuk dimakan!!

Pulut durian
Sumber fotonatdrah.blogspot.com
Tapai pult yang dibungkus dengan daun pisang.
Sumber fotohttp://pokdikretro.blogspot.com/
Tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah.
Sumber fotonaeltrg.blogspot.com
Apapun setelah semalam makan pulut durian dengan beberapa (banyak jugalah!) ulas durian yang memang super duper sedapnya (hantu durianlah katakan!), hendak bangun pagi ini untuk solat Subuh sahaja, badan terasa cukup berat. Usai solat sahaja, kena rehat dahulu, sakit uratlah, sudah masuk anginlah agaknya, penangan makan pulut! Kepala juga berat, pun penangan durian! Puaskan tenggorokan punya pasal, badan merana!





Ke Manakah Hilangnya Diriku??

As-salam.

Ingat tidak anda akan masa kita kecil-kecil dahulu? Kita mula-mula kenal nama kita apabila sering disebut emak dan bapa kita. Dari situlah kita kenal nama kita dan nama itulah yang kita bawa hingga ke hari ini. Namun begitu tahukah anda untuk kebanyakan kita (untuk orang tua seperti Mak Ajilah!), dari hari ke hari nama itu semakin tidak disebut lagi. Kita (rujuk diri sendiri lebih senang, bukan?) telah berubah daripada seorang anak kecil, anak dara sunti, isteri orang, emak orang, dan sekarang nenek orang! 

Untuk diri Mak Aji sendirilah, Mak Aji semakin hari semakin hilang diri sendiri kerana lebih kerap dirujuk secara relatifnya dengan orang lain, - isteri orang, emak orang dan sebagainya. Jadi ke manakah hilangnya identiti Mak Aji itu (NHA - initial nama sebenar Mak Ajilah tu!). Mana pergi NHA???

NHA hanya muncul sekali-sekala apabila Mak Aji bertemu kawan-kawan, baik yang sebaya, juga yang bukan sebaya dan pada ketika itu sahajalah Mak Aji boleh benar-benar menjadi diri sendiri (tanpa dirujuk dan dikaitkan dengan orang lain). Pada ketika lain NHA hilang entah ke mana!

Dengan kata lain, I need more ME-time and I need to be more of myself!! Do come back NHA, I miss you so!! Perlu difikirkan sesuatu sebelum diri ini hilang terus! Sudah lama NHA tidak dilayan - gotta go for a facial, a hair-cut, window shopping!! 

Sumber kartun: nicoleburley.com 
Bagaimana dengan anda, pernah 'hilang' diri sendiri?? 



Wednesday, 28 August 2013

Jangan Mudah Tertipu

As-salam.

Hari demi hari makin banyak keluar berita berlakunya penipuan melalui internet. Salah satu kaedah ialah melalui penggunaan akaun FB.

Kalau selama ini Mak Aji hanya membaca pengalaman orang lain sahaja, kali ini  (kalau tidak silap firasat Mak Aji) ada pula pihak yang menduga Mak Aji pula. Cuba lihat mesej peribadi ini yang Mak Aji terima dalam akaun FB Mak Aji:



Hendak tergelak pun ada, berasa geram pun ada. Kalau ya pun agak-agaklah kalau nak mengenen tu. Macamlah kita ni hard-up sangat mahu berkenalan dengan mat saleh entah mana datangnya (rasanya mat hitam, gagak hitam kut??). Excuse me!!  Pergilah jual minyak tempat lain, di rumah ini Mak Aji ada banyak minyak, minyak masak, minyak gamat, minyak sapu,...... 

No thank you Andrew-what's-your-name, sell your 'oil' elsewhere!!



Bangau Oh Bangau!

As-salam.

Beberapa hari lepas anak-anak Mak Aji belanja Mak Aji makan ayam penyet di Restoran Antan Batura, di tepian tasik Shah Alam sempena hari lahir Mak Aji yang ke ..... (banyak dah, 5 carat!). Sambil menunggu makanan yang dipesan tiba, leka pula kami memerhati gelagat burung-burung bangau yang bertenggek-tenggek di pokok di tepi tasik. Rupa-rupanya pokok ru di situ juga dijadikan tempat mereka membuat sarang! Saksikan:

Suasana di tepi tasik yang cukup damai dan nyaman.
Burung-burung bangau dari jauh.
Dari dekat, bertenggek-tenggek di dahan pokok.
Inilah sarang mereka!

Apapun, nasi ayam penyet cukup sedap, alhamdulillah! Terima kasih Hanif dan Nadia yang belanja Mama makan! Lain kali orang lain pula belanja Mama ya!



Wednesday, 21 August 2013

Gubahan Bunga Cantik

As-salam.

Dalam membuat persiapan untuk majlis sambut menantu tempoh hari, Mak Aji ada berkunjung ke Sayang You di Semua House untuk mencari barang. Sambil membayar di kaunter terpandanglah pula hiasan yang dibuat pada bahagian hadapan pintu masuknya. Sungguh cantik himpunan hiasan yang dibuat - bertema raya. Mak Aji mohon kebenaran untuk merakam foto gubahan sebab cukup cantik dan kreatif sekali gubahannya. Mak Aji mohon kebenaran untuk merakam satu sahaja foto tetapi tidaklah pula tertahan, tersnap (macam terbelasah isteri di dalam lif!) dua pulak, he he! Cina kedai tu senyum aje (agaknya dalam hatinya - orang beri betis, nak paha pulak mak cik ni ya!).

Layanlah dua foto di bawah!:

Cantik, kan, begitu juga harganya, RM321!
Semacam bonsai, siap dengan lumut sekali!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...