Followers

Friday, 8 March 2013

Makan Malam - Pan-seared Tuna

As-salam.

Malam tadi ada permintaan agar Mak Aji masak pan-seared tuna (senang cakap ikan aya bakar, he he!!). Pak Aji juga mahukan dimasak kentang, jadi Mak Aji buatlah kentang lenyek (mashed potatoes) - cuma bukan lenyek dengan tangan sebaliknya menggunakan food processor - cukup mudah! . Brown saucenya tidak dibuat pun sebab sudah ada sos hijau yang disiram atas ikan. Ini rupanya:

Ikan bakar, sos hijau, kentang lenyek dan sayur (bodoh je sebab tidak dibuat salad).
Pinggan Mak Aji - alhamdulillah walau nampak tak banyak cukup kenyang!!

Kami makan bertiga sahaja, jadi dibakar tiga keping sahaja ikan aya yang dibuat fillet siap-siap untuk mudah masak. Mak Aji gunakan ikan aya yang jenis ada bunga, yang lembut dan bersaiz besar. Pernah juga buat lauk sama menggunakan ikan sardin bersaiz jumbo (cuma jarang jumpa yang saiznya begitu!).

Kalau jemu asyik makan nasi sahaja untuk makan malam, cubalah masak cara begini pula!





Menggamit Nostalgia

As-salam.

Awal minggu ini kami ada urusan di KL dan pada petangnya Pak Aji mengajak makan rojak Bellamy. Setiap kali ke situ, Mak Aji ternampak-nampak diri sendiri serta kawan-kawan rapat makan rojak di bawah payung menikmati rojak pada tahun 1980-an, 1990-an hinggalah 2000-an. Sudah berpuluh tahun kami ke situ hinggakan tauke asalnya sudah pun meninggal dunia dan perniagaan itu diambil alih anak lelakinya - masih kenal Mak Aji!! Punyalah pelanggan tegar!

Iklan di tempat makan ini!


Tempat 'mainan' kami kawan sepejabat dulu-dulu! - bawah payung!


Rojak Bellamy yang tersohor! Memang kawww!


Ingat tidak, kawan-kawan!!??



Friday, 1 March 2013

Berumah di Surau

As-salam.

Pagi-pagi ini Mak Aji terbaca kisah seorang lelaki yang menumpang tidur selama enam minggu di perpustakaan Universiti Cambridge New York. Cerita ini mengingatkan Mak Aji tentang kisah benar salah seorang kenalan sekuliah berpuluh-puluh tahun dahulu.

Pada suatu pagi semasa di dalam dewan kuliah, Mak Aji duduk di belakang kenalan ini dan setelah seketika terbau sesuatu yang hapak. Mak Aji dan kawan-kawan masing-masing berpandangan sesama sendiri dan sejurus selepas itu salah seorang kawan menuding ke arah kenalan itu di hadapan kami! Rupa-rupanya bau datang daripadanya. Dari situ timbullah cerita bahawa dia sebenarnya selama tempoh pengajian tiga tahun itu tidak pernah tinggal di tempat lain selain di surau sebuah fakulti bersebelahan fakulti kami!! Agaknya beg besar yang dibawa dari kampung (pantai Timur) rupa-rupanya disimpan di situ juga. Segala urusan mandi-manda serta mencuci pakaian dilakukan di tandas fakulti berhampiran surau itu!! (Pak Aji - rakan sekuliah Mak Aji, he he! - dan juga sebahagian besar pelajar lelaki memang mengetahui hal itu tetapi pada mereka perkara itu agak biasa-biasa sahaja!).

Mak Aji cuba membayangkan di mana agaknya kenalan itu sekarang?? - Kalau kakitangan kerajaan sudah tentu berjawatan tinggi dengan gaji lumayan dan entah-entah sudah bergelar Datuk/Dato???

Namanya Mak Aji kurang pasti tetapi rupanya masih boleh dibayangkan lagi! Pelik tetapi benar!!


Orang yang tidak berumah - sekadar hiasan sahaja.



Bagaimanakah dengan anda? Sanggup anda berbuat seperti dia? Mak Aji agak mungkin kenalan tersebut datang daripada keluarga yang agak daif sehinggakan terpaksa menempuh hidup seperti itu! Bersyukurlah kita yang kita terkecuali daripada terpaksa berbuat sepertinya!

Sumber foto: nursing322sp10.wordpress.com




Thursday, 28 February 2013

Kalau Namanya Doktor, ......

As-salam.

Beberapa minggu lepas Mak Aji membuat pemeriksaan darah (termasuk air kencing) tahunan dan untuk itu Mak Aji terpaksa membayar sendiri sebab tidak ditanggung oleh bekas majikan. Kosnya sekitar antara hampir RM200 hingga RM250. Ini termasuklah ujian cancer marker yang mengukur bilangan sel kanser di dalam badan.

Berdasarkan hasil ujian, paras kolesterol masih melepasi tahap normal (5 lebih), tekanan darah agak rendah dan paras gula dalam darah juga rendah sedikit. Padanlah badan rasa lemah longlai hinggakan solat pun terpaksa dilaksanakan secara duduk kecuali untuk rakaat pertama. Setelah sekitar seminggu memakan B Complex serta makan supplement lain, alhamdulillah badan sudah sihat sepenuhnya. 

Ini rupa surat rujukan doktor swasta ke Hospital Sungai Buloh (kita tidak boleh terus berjumpa pakar kecuali dirujuk oleh klinik kesihatan terlebih dahulu - proses tapisan).

Agak-agak boleh baca ke???

Satu masalah yang sudah agak lama dialami ialah keadaan otot bahu yang sentiasa tegang. Kakak Mak Aji dan juga seorang kawan ofis mengalami perkara sama. Jadi beberapa hari lepas kami ke Klinik Kesihatan di Sungai Buloh dan doktor itu seterusnya merujuk Mak Aji ke pakar di Hospital Sungai Buloh. Ini pula rupanya:

Surat rujukan.

Dalam kedua-dua surat jelaslah betapa 'cantik'nya tulisan doktor! Kalau 'kecantikan' tulisan doktor ini menjadi salah satu ciri untuk melayakkan seseorang ,enjadi doktor, Mak Aji rasa Pak Aji terutamanya dan Mak Aji juga layak! Tulisan kami tidak kurang 'cantik'nya!

Berbalik ke isu di atas, entahlah bila pula Mak Aji akan ke Hospital Sungai Buloh. Insya-Allah minggu hadapanlah agaknya. Entah macam manalah temu janji dengan pakar fisioterapi ya?? Wallahualam.


Catatan: Semasa belajar dahulu Pak Aji pernah dipanggil pensyarah untuk menulis semula jawapan peperiksaannya kerana pensyarah tidak dapat membacanya!!





Alhamdulillah Hajat Kesampaian Jua

As-salam.

Selepas ketuhar diperbaiki Mak Aji sempat bakar kek sebiji dengan jayanya. Tiba hari minggu Mak Aji bakar sebiji lagi kek yang sama untuk Nadia, menantu Mak Aji yang mengandung. Malang sekali ketuhar buat ragam lagi!!! Kek dibakar sehingga selama 85 minit tetapi tidak masak-masak sampai sudah! Apabila Mak Aji perilsa sendiri, fungsi convectionnya tidak berfungsi dengan betul, begitu juga dengan fungsi microwave plus convectionnya. Fungsi grill, reheat elok sahaja. 

Selepas mengadu dengan Pak Aji, kami terus ke kedai Panashop terdekat dan terus beli sahaja yang baru - sudah letih menahan sabar dengan ketuhar itu. Lagipun ketuhar itu memang menunggu masa sahaja untuk 'kong' terus - soal cepat atau lambat sahaja. Sudah beberapa ratus duit dihabiskan untuk membetulkannya. Pilihan terbaik, ganti sahajalah.

Jadi, ini dia ketuhar yang masih berbau kedai lagi (Nor, I finally got it!! Saja tayang ni as requested!):

My spanking new oven! Kalau peti ais (di sebelahnya) stainless steel juga,
cantik, kan!!
Setakat ini masih belum masak apa-apa lagi - tidak berpeluang keluar beli bahan sebab ada tamu di rumah, sibuk masak dan melayan tetamu. Insya-Allah sehari dua lagi akan kembali beraksi ketuhar ini!


Catatan: Maaf ya, tiada foto dari hadapan sebab nanti keluar pula bayang jurufotonya! Walau bagaimanapun, ini sekali lagi foto dari Google!

Pandangan dari hadapan.


Saturday, 23 February 2013

Jom Main Badminton!

As-salam.

Beberapa hari lepas Pak Aji siapkan sepenuhnya ruang laluan kereta di laman. Sekarang sudah disimen sepenuhnya selepas dicurahkan konkrit siap bancuh. Dua lubang dibuat di hujung sini dan sana, rupa-rupanya untuk menempatkan tiang jaring badminton - buka gelanggang rupa-rupanya!

Mak Aji mengusik anak-anak bujang dan anak buah Pak Aji yang sering menyewa gelanggang badminton serta futsal yang berdekatan - "lepas ni sewa aja kat sini, murah je, RM20 sejam, boleh runding!" Berderai ketawa mereka!

Lihatkan gelanggang kami ini!:

Gelanggang biskut - sekejap ada sekejap tiada!!
Tiangnya boleh dicabut dan dipasang dengan mudah!

Apa lagi, jom kita main badminton!! 

Catatan: Cuma garisan yang belum dibuat lagi. Itu projek dalam waktu terdekat (sebelum kutip sewa, he he!!).






Seperah Siap

As-salam.

Anda ada seperah? Ah, seperah? Apa itu? - jangan ada pula yang tidak tahu apa itu seperah!! Untuk yang tidak tahu, ingat tidak kain alas yang digunakan semasa kenduri kendara masa dulu-dulu? Sebelum zaman orang makan secara buffet, semua orang makan berhidang dan duduk bersimpuh (perempuan) dan bersila (lelaki), maka sebelum dihidangkan lauk dan nasi, maka keluarlah seperah untuk mengalasnya! 

Mak Aji pun cuma ada satu sahaja seperah, itupun yang dihadiahkan oleh emak saudara. Kalau harap untuk membuatnya sendiri, maka tiadalah seperah. 

Beberapa bulan lalu semasa Mak Aji ke Siam, Mak Aji ada menempah di sana dan semasa Pak Aji ke sana lagi seminggu lalu, saprah siap, ada empat semuanya. Cukuplah tu. Sebenarnya Mak Aji tempah sulam benang putih atas kain putih tetapi yang dibuat sulam biru muda atas kain putih - tidak mengapalah. Lihatkan:

Seperah yang siap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...