Followers

Wednesday, 21 December 2011

Imbas Kembali Peristiwa Pelarian Vietnam

Semasa Mak Aji di 'Bali' tempoh hari, keadaan pantai agak lengang kerana hampir tiada pengunjung - orang yang berjual satar di tepi pantai lebih ramai daripada pengunjung yang datang! Apa tidaknya ombak cukup besar, adalah sekitar melebihi ketinggian Mak Aji yang sekadar 5 kaki lebih sedikit ni!!

Menakutkan!
Bunyi cukup kuat bagai mengaum!
Bukan musim yang sesuai untuk mandi-manda.
Jalan-jalan tepi pantai sahajalah.
Melihatkan ombak besar kecut perut Mak Aji dan ketika itu juga Mak Aji terkenangkan peristiwa bot Vietnam yang karam di tempat yang sama sekitar tahun 1977 (semasa Mak Aji muda remaja - si manis 17 ketika itu!). Masih terbayang di mata seorang ibu yang mati lemas bersama-sama anaknya yang dipeluk erat. Kedua-duanya menjadi manga lemas bersama-sama berpuluh-puluh orang yang lain. Mayat-mayat tersebut disusun berderet di pantai. Kemudiannya mayat mereka diangkut dengan lori dan dikebumikan bersama-sama di dalam sebuah kubur besar di sebuah kampung di Semerak. 

Mak Aji rasa nasib Pantai Bisikan Bayu akan menyamai nasib Pantai Sabak juga - lama kelamaan akan hilang begitu sahaja jika tiada usaha untuk menyelamatkannya dengan cara membina benteng konkrit atau yang sepertinya!! 

Di pantai inilah tempat kami (zaman dulu-dulu) sekeluarga beriadah apabila hujung minggu. Mananya mampu hendak ke Bali, ke Medan macam budak-budak zaman sekarang. Satu lagi sebabnya, zaman dulu mana ada Air Asia?? Sekarang Everyone Can Fly! Then, almost nobody flew, except for only a few!!  

Cucu Saudara, Syasya

Kak Long sekeluarga singgah tidur semalaman di rumah sebelum mereka sekeluarga berangkat ke Medan untuk bercuti. Ini termasuklah semua anak-anaknya, juga menantu dan cucu sulungnya, Syasya. Anak dara  kenit ini cukup susah nak senyum, matanya bulat, renungan dan jelingannya tajam sekali. Saksikan Syasya dan neneknya, Kak Long: 
Jelingan garang!
Nampak macam sayu pulak, macam lepas kena marah!
Tetap mahal dengan senyuman, menjeling lagi!

Monday, 19 December 2011

White House

Pernahkah anda dengar Kedai Kopi White House di Kota Bharu?? Mak Aji pernah terjumpa Dahlan Zainuddin dan Rosnah Md. Nor suatu ketika dahulu di kedai itu (orang muda tentunya tak tahu siapa mereka, orang lama macam Mak Aji tahulah tu!). Pernah suatu malam (ditutup pada waktu solat Maghrib tetapi dibuka semula selepas solat Isyak) ketika cuti sekolah - masa itu anak-anak masih bersekolah lagi - kami sekeluarga singgah untuk minum dan kedai penuh padat hinggakan kami terpaksa berdiri menunggu pelanggan bangun dan cepat-cepat duduk sebelum pelanggan lain duduk! Kalau nak tahu lokasinya - betul-betul berhadapan dengan Masjid Muhammadi, di tengah-tengah bandar Kota Bharu, berhampiran Tambatan di-Raja.  

Di sini anda boleh makan nasi berlauk, nasi dagang, nasi tumpang, juga yang paling istimewa, roti bakar (dibakar atas dapur arang/anglo) dengan home-made kaya serta mentega dan juga telur masak separuh! Pada suatu pagi kami menyinggah dan ini yang kami pesan:

Telur masak separuh, roti bakar dengan kaya dan mentega!!
Nasi tumpang, nasi berlauk, nasi dagang
Nasi tumpang (tupe)
Menu serta harganya - boleh tahan!
Suasana dalam White House
Jadi, lain kali anda ke Kota Bharu, jangan lupa menyinggah dan pekena roti bakar dan telur masak separuhnya!! Terbaikkk di Kota Bharu!

Pulut Ikan Bakar

Dalam perjalanan balik ke resort dari tahlil di Pasir Puteh, Mak Aji dan Pak Aji sebenarnya sudah kekenyangan, namun apabila melihat sebuah kedai makan di suatu simpang menghala ke resort dari Pasir Puteh, penuh padat dengan pelanggan, kami tertanya-tanya juga. Kami melihat papan tanda Pulut Ikan Bakar. Pulut Ikan Bakar?? Tidak pernah pula kami dengar - worth checking it out!! Jadi, apa lagi, kami singgah dan memesan pulut ikan bakar. Bila sudah membuat pesanan, kami perasan ada pelanggan yang memesan maggi ketam! Rupanya itu satu lagi keistimewaannya. Kami sudah terlalu kenyang untuk memesan lebih daripada itu. Insya-Allah lain kali bila ada kesempatan! Ini gambarnya:

Pulut, kelapa, ikan sardin bakar dan sosnya
Pulut Ikan Bakar dan Maggi Ketam
Pada keesokan harinya kami lalu di hadapan kedai makan tersebut. Ini gambarnya, cuma  kurang terang kerana diambil dari kereta yang bergerak, susah untuk berhenti. Gambarnya di bawah:

Kedai Pulut Ikan Bakar
Amacam, bolehlah cuba bila berkesempatan berkunjung ke Pasir Puteh, Kelantan!!

Nasi Ulam di Bukit Yong - Terbaikk!

Dalam perjalanan balik ke KL, Mak Aji minta Pak Aji singgah ke Bukit Yong, tempat perhentian di sebelah kanan (R & R) dalam perjalanan ke Jerteh. Di situ ada deretan kedai makan dan kedai makan yang Mak Aji maksudkan ialah yang kedua dari kiri (dari surau). Ketika itu sekitar jam 1 petang - penuh padat dengan pelanggan sedang menikmati hidangan. Sebenarnya taukehnya kawan baik dari zaman sekolah dulu, Normah Hasan namanya. Beliau nengusahakan kedai makan yang menghidangkan nasi lauk kampung dengan pelbagai ulam - memang terangkat!! Kalau berkesempatan Mak Aji tidak pernah lupa menyinggah bila balik kampung. Nak kenal tuannya? Ini dia:

Normah taukehnya
Malu-malu pula taukeh ni!
Pak Aji digging into nasi ulam
gulai lemak siput sedut, gulai lemak ikan keli, ikan sardin bakar, sambal ikan mangga, ikan keli goreng (tiada dlm gambar), ulam 

A Night in 'Bali'

Mak Aji tidak pernah ke Bali. Hati memang teringin sebab ramai yang kata (pun ada tengok kat TLC - cuma tak suka tengok mereka makan cik bab - kerbau pendek!) Bali memang cantik! Pernah bertanyakan tentang Bali semasa ke Surabaya, rupanya memang makan banyak jam lagi berkenderaan untuk ke sana dari Surabaya. Kalau kesuntukan masa, tak adalah harapan. Pak Aji memang pernah sebut yang dia memang tidak suka ke sana, banyak candi sebab sebahagian besar penduduknya Hindu. Kalau begitu halnya tak apalah, jadi Mak Aji lupakan sahaja hasrat tersebut.

Mak Aji sebenarnya baru kembali dari kampung sebab urusan keluarga - nenek (tiri) meninggal malam Jumaat lepas. Mak Aji tumpang adik berkereta pulang pada jam 1.30 pagi (dapat berita jam 10.00 malam) dan kami tiba  ke Pasir Puteh sekitar jam 8.00 pagi. Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat. Kami sempat berada di sana untuk dua kali tahlil sebelum pulang dan tiba malam tadi, agak lewat, kepenatan!

Sementelah sudah sampai ke kampung, (Pak Aji memang sudah berada di kampung ketika itu atas urusan keluarga dia) dan memandangkan rumah Su (mak tiri) agak penuh maka Mak Aji dan Pak Aji mengambil peluang tidur semalam di sebuah resort yang baru dibuka sekitar sebulan lalu Tok Aman Bali Resort di Pantai Bisikan Bayu. Jadi, bermalamlah kami di Bali!!! Tak dapat Bali yang sebenar Bali yang ini pun cukuplah! Jom tengok tempatnya:  

Gemerlapan pada waktu malam
Dari bilik
Dari Watch Tower
Juga dari menara
Lagi pemandangan menarik
Kolamnya ada bahagian jakuzi
Menjeling ya! - saja ambil gambar kerusi menarik. Jangan perasan pulak!
Pintu masuk bilik
Dalam bilik
Bilik Air
Beranda
Pak Aji lounging on the chaise lounge
Pihak resort mengadakan promosi pembukaan, jadi kami dapatlah kadar  RM198 untuk resort yang sekitar 4/5 bintang. Servis cukup bagus, cuma buffet spreadnya kureng sikit!! Satu perkara yang menarik dengan biliknya - kami dapat lihat ke dalam bilik air dari bilik kerana ada cermin! Cuma tentunya ada bidai yang boleh diturunkan dari dalam bilik air!! 

Thursday, 15 December 2011

At Long Last!

Alhamdulillah setelah seminggu menunggu, akhirnya Mak Aji dapat berhubung dengan dunia luar. Streamyx sudah terpasang semula. Sepanjang seminggu ketat rasa dada ini, nak semput rasanya. Kalau memang sudah tidak bekerja lagi dan apabila tiada internet, Astro pula tiada siaran kerana hujan, alamat tak tahu apa nak dibuat (hai, lupa ke Mak Aji, kata nak berhijrah!) Oklah, Mak Aji lupa, Mak Aji bukankah manusia biasa yang sentiasa alpa dan perlu sentiasa diingatkan??!! Tahu takapa!

Rupanya kalau sudah mula menjadi bloger, apabila tiba masa-masa yang begini, memang semacam withdrawal symptoms pada penagih dadah tegar! (agaknya?) Apa hendak dibuat, sudah 'penagih ' tegar, atau dengan perkataan lain, bloger tegar??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...