Followers

Tuesday, 20 August 2013

Majlis Sambut Menantu

As-salam.

Pada 17 Ogos 2013 yang lepas keluarga kami mengadakan majlis sambut menantu di rumah kami. Kenduri di pihak kami hanya berskala kecil dan jemputan terdiri daripada kaum keluarga, sanak-saudara dan jiran tetangga sahaja. 

Majlis bermula dengan bacaan maulid (sekitar jam 10.30 pagi) dan alhamdulillah guru Pak Aji berkesempatan untuk turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut. Usai maulid guru Pak Aji juga sempat menyampaikan tazkirah untuk kumpulan jemaah yang hadir.

Berikut beberapa foto sekitar majlis tersebut:



Rombongan pihak pengantin perempuan sedang menjamu selera. 
Nadia dan Madihah.
Pengantin dan sebahagian rombongan menjamu selera.

Petugas katerer menyiapkan bufet jamuan.
Along dan Imran makan.
Dua adik Mak Aji (dari kiri), adik ipar serta menantu.
Meja bufet untuk muslimin.
Pengantin merakam foto selepas makan.
Pengantin dengan ibu bapa pengantin perempuan.
Keluarga pengantin perempuan.

Kamar pengantin dihias sederhana.
Dari dekat.
Syaida mendukung Mia dan Nadia mendukung Aleesya,
masing-masingnya dua pupu.
Mia tidur menganga (punyalah lenanya!) dan Aleesya yang nak start
enjin tangisnya!

Pengantin dengan keluarga Hamzah.


Pengantin serta Mak Aji dan Pak Aji.
Pengantin dengan anak-anak lelaki Mak Aji.

Semua keenam-enam anak Mak Aji tambah menantu baru, Mida.
Pengantin dengan keluarga Hanif.
Pengantin dengan keluarga Along.
Pengantin dengan Madihah.
Pengantin dengan keluarga Alif (anak buah Pak Aji).
Almost all in the family.
Selesai sudah majlis, tiba pula masa merawat kaki Mak Aji yang naik kejang dek berdiri seharian! Badan juga berasa sakit-sakit. Walau apapun alhamdulillah majlis berjalan lancar. Mak Aji berharap dan mendoakan agar Zhafran dan Mida akan menjalani kehidupan berumah tangga dengan bahagia serta sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan, amin!!






Monday, 12 August 2013

Dahulu dan Sekarang

As-salam.

Pada pagi raya pertama yang lepas, entah siapalah terjumpa foto lama Pak Aji dengan tiga anak bujang kami ketika mereka masih kecil dan Pak Aji yang masih muda. Berdasarkan penelitian, foto ini diambil semasa kami menduduki rumah lama kami di Sungai Tua, Selayang. Apa yang kami tergelak besar - ada yang menyuruh mereka berposing seperti dalam foto asal! Ini hasilnya!:

Dari kiri, Zhafran, Pak Aji, Hanif dan Firdaus (Boy).
Foto selepas 23 tahun! 

Antara respons yang didapati selepas melihat foto ini: 

"Aji nampak lebih muda sekarang!" (senyum sakan Pak Aji!).
"Muka nakal Zhafran tak habis-habis sampai sekarang!"
"Boy tetap maintain mata dan badan bulatnya!"
"Hanif buat muka, konon nak sama dengan dalam foto lama, tapi tak jadi, he he!"
"Pipi Hanif labuh sikit daripada pipi Aleesya sekarang!"

Itulah dia kisah lawak kami di pagi raya!


Majlis Kahwin Zhafran

As-salam.

Pagi semalam kami sekeluarga bersiap untuk bertolak ke Hutan Melintang untuk majlis kenduri kahwin Zhafran (majlis di pihak perempuan). Berikut beberapa foto sekitar majlis. Foto hanya sedikit sebab Mak Aji diminta untuk duduk di meja pengantin selaku ibu pengantin lelaki. Layan sahajalah foto berikut:

Selamat pengantin bari Zhafran dan Mida!
Bergambar dengan kawan-kawan mereka.
Mak Aji serta Pak Aji serta abang dan adik ipar (biras-biras Pak Aji) Mak Aji.
Anak-anak saudara serta kakak Mak Aji, Cik Ning.
Anak-anak saudara, adik serta menantu Mak Aji.
Pelamin bertema kuning.
Sempat lagi melawak tu!
Aleesya Nur Damia, dua pupu Aleesya.
Mak Aji sempat mendukung Damia, 'kembar 'Aleesya!
Sempat kami singgah untuk makan mentarang sebelum pulang ke rumah.

Insya-Allah akan dimuat naik lagi foto-foto lain selepas ini. Sekarang tahulah anda mengapa Mak Aji tidak pulang beraya di kampung ya! Insya-Allah Sabtu nanti kami akan mengadakan kenduri sambut menantu (kecil-kecilan sahaja) di rumah kami di Sungai Buloh.





Saturday, 10 August 2013

Menyambut Lebaran 2013

As-salam.

Untuk kali kedua berturut-turut kami beraya lagi tanpa balik ke kampung. Walaupun beraya di KL tidak semeriah di kampung, kehadiran hampir kesemua ahli keluarga (kecuali Along serta keluarganya yang balik beraya dengan keluarga mertuanya di Kota Bharu) cukup meriah juga, apa lagi dengan kehadiran Aleesya, cucu perempuan Mak Aji yang pertama! Jom layan foto raya kami!:

Kami sekeluarga.
Permata hati kami semua, Aleesya!!
Dahulu berdua, sekarang bertiga!
Masuk lalat Yang ooi!
Zhafran serta isterinya, Mida.
Pengantin lama, Mak Aji dan Pak Aji!
Kami dengan Zhafran serta Mida.
Kami dengan Madihah.
Madihah dengan kakak-kakak iparnya.
Nyenyaknya tidur Aleesya!
Uncle Boy berlatih dengan memangku Aleesya. Kalau sudah cukup
mahir bolehlah cari calon isteri ya!
Kami dengan keluarga Hanif.
Hero Malaya yang kacak-kacak semuanya!
Heroin Malaya yang tidak kurang manis semuanya ya, he he!!
Seronok kami dengan cucu baru!

Sibuk merakam foto lupa pula tentang makan ya. Mak Aji masak rendang daging bercampur paru-paru. Juga rendang ayam (pencen) serta ketupat (kurang ori sebab segera sahaja). Ketupat palas berinti daging juga ada (bukan bikinan sendiri tetapi ditempah). Oh ya, juga pulut kuning hasil resepi (di sini) rakan blogger, SmRose yang dimasak dalam tempoh kurang setengah jam menggunakan ketuhar gelombang mikro! (Terima kasih Rose, menjadi pulut Mak Aji!) 

Sekadar itu sahaja perkongsiaan buat kali ini! Selamat menyambut aidilfitri untuk semua, maaf zahir batin daripada kami sekeluarga buat anda semua!

 

Saturday, 3 August 2013

Nganya Jangan Tak Nganga!

As-salam.

Cukup menyeronokkan pengalaman menjaga cucu, apalagi dengan pelbagai aksinya yang cukup comel dan kadangkala melucukan!:

Punyalah lenanya anak dara ni, sampai ternganya!



Memandu dengan Tangki Minyak Kosong

As-salam.

Sekitar minggu lepas sebelum Mak Aji keluar dari rumah  Mak Aji sudah pun perasan yang minyak kereta sudah hampir tinggal kosong. Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau, niat untuk membelok kanan untuk terus ke stesen minyak berubah apabila Mak Aji bertukar fikiran untuk memandu terus ke pejabat pos mini di Kuang. Niat untuk mengisi minyak dilupai terus semasa melintas lalu stesen minyak Petronas. Setelah keluar dari pejabat pos dan menghala ke Bukit Rahman Putra, barulah Mak Aji teringat akan minyak yang hampir kosong. Meter minyak ketika itu sudah menunjukkan angka 0!!! 

Minyak tinggal 0 wei!!

Apa lagi, muka Mak Aji berasa panas serta-merta (warna muka agaknya sudah bertukar ke macam-macam warna, hijau, biru merah agaknya!), panik tidak terkata. Pendingin hawa terus dipadamkan untuk menjimatkan minyak sehinggalah Mak Aji selamat sampai ke stesen minyak terdekat. Setelah mengisi minyak RM50 dan meter menunjukkan angka 400 lebih, barulah Mak Aji menarik nafas lega! Pucat putih den!  


Yang Menunda Ditunda

As-salam.

Beberapa minggu lepas semasa Mak Aji berada di lampu isyarat berdekatan rumah, Mak Aji terlihat ini:

Trak tunda yang ditunda!

Mak Aji tergelak melihatkan aksi ini. Kalau biasanya dia yang menunda kenderaan lain, ini dia pula yang ditunda!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...