Followers

Friday, 9 January 2015

Tretes yang Memukau

As-salam.

Semasa di Surabaya, secara tepatnya di kota Pasuruan, kawan anak Mak Aji mengajak kami ke vila saudaranya di kawasan tanah tinggi Tretes. Sudah seringkali disebutnya vila serta tempat tersebut kepada Mak Aji dan baru sekali ini kami berpeluang ke situ. 

Vila ini sebenarnya milik salah seorang habaib terkenal yang kaya di Pasuruan yang dibina untuk dimanfaatkan oleh kaum keluarga serta sahabat handai - tidak disewakan pun. Kalau disewakan Mak Aji dimaklumkan kadarnya sekitar 4-6 juta rupiah semalam (antara RM1200 - rm1800!). Kami bernasib baik diajak berkunjung ke sana juga dengan tanpa bayaran! Habib Umar al-Hafiz juga dikatakan menginap di sini sekiranya berkunjung ke Surabaya! Mari Mak Aji kongsikan ya. Biarlah foto bercerita!:

Sebaik sampai di porch, ini yang Mak Aji nampak - jalan masuk ke vila.
Nadia, Zahra dan Madihah.
Dari beranda rumah kelihatan kolam mandinya.

Umpama berada di kayangan sebab vila ini di puncak bukit!




Vila dari jalan masuk.
Ini vilanya. bereka bentuk modern.


Ruang tamu yang cukup lapang.

Ada ruang di beranda khusus untuk solat berjamaah.
Pintu masuk serta ruang TV.
Dapur kering. Ada dapur basah di belakang.

Ada ruang serta buaian untuk anak-anak.







Kelihatan seunit lagi kediaman di lerengnya.
Entah apa nama gunung yang kelihatan dari vila ini -
diselaputi awan.
Kami cuma dapat berada di sini seharian sahaja kerana keesokan harinya ada keluarga mereka yang akan menginap. Selepas makan malam kami bertolak balik ke Pasuruan. Suasana yang cukup nyaman dan mendamaikan akan terus menjadi kenangan manis kami! Jazakillahi khair kepada tuan rumah yang cukup bermurah hati meminjamkan vilanya untuk kami!

Untuk menikmati bunga-bungaan di vila ini, sila ke pautan berikut:

3 comments:

Kamsiah yusoff said...

cantik sesangat mak aji...tenang dan damai ja pemandangannya..

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Memang ya, kalaulah kita mampu punya vila sebegitu, alangkah bagusnya! Boleh kita lari daripada hiruk-pikuk kehidupan seharian!

Unknown said...

salam kenal dari kaknoor
terpukau kaknoor tengok villa ni cantik snagt kalau dpt tinggal semalam pun jadi lah kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...