As-salam.
Kalau di kampung raya sudah selesai selepas masing-masing beraya enam. Kalau di KL pula raya boleh menjangkau hingga sebulan, malah ada ketikanya melangkau ke bulan Zulkaedah! - gara-gara tidak cukup hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka!!
Mak Aji sudah 3 tahun berturut-turut tidak beraya puasa di kampung sebab anak kahwin dua tahun berturut-turut dan pada tahun lepas (tahun ketiga) menantu Mak Aji berpantang di rumah. Jadi, walaupun Pak Aji tiada di samping Mak Aji serta Madihah serta Boy balik beraya dengan keluarga di kampung. Zhafran serta Mida dan cucu Mak Aji, Mikhail juga balik ke KB dengan kereta lain kerana mereka akan ke Hutan Melintang pula untuk beraya di sana. Mari Mak Aji kongsikan foto kami semasa raya pertama:
Boy, Zhafran serta Mikhail, Mak Aji, Mida dan Madihah. |
Kami berlima (berenam - maaf ya Mikhail!) sahaja tahun ini tanpa Pak Aji dan Asyraf. Berikut pula keluarga besar kami - Mak Aji ada tujuh beradik (seemak dan sebapa) dan di dalam foto ini cuma dua beradik (serta keluarga) yang tiada.
Beraya dengan adik-beradiklah kami yang sudah yatim piatu! Kepada kakak sulung serta suamilah kami menumpang kasih! Sedihlah pulak! |
Pada tahun ini setelah bersarapan, kami ke masjid. Balik dari masjid, kami terus ke Pasir Puteh untuk menziarah kubur arwah ayah, langsung ke rumah mak tiri Mak Aji. Kami juga ke rumah mak saudara, satu-satunya adik arwah ayah yang masih ada. Setelah meredah kesesakan, kami balik semula ke Pasir Tumboh (rumah kakak sulung, Cik Ning).
Program lazim raya kedua, ziarah kubur arwah datuk dan nenek Mak Aji di Wakaf Che Yeh. Di rumah salah seorang bapa saudara kami semua berkumpul untuk beraya sambil menjamu selera - menu nasi dagang!
Malamnya pula kami ke Pasir Puteh lagi untuk majlis akad nikah adik Pak Aji:
Majlis akad nikah di masjid. |
Adik Pak Aji. |
Sebelum melafaz akad nikah. |
Mak Aji mendoakan agar adik ipar serta suami akan beroleh kebahagian hingga ke Jannah, amin! Ini merupakan perkahwinan kedua bagi mereka berdua. Semoga berbahagialah hendaknya.
Pada hari raya keempat kami hadir pula majlis kenduri untuk anak saudara Pak Aji (yang akad nikahnya di Felda Tasik Chini yang lalu) yang disekalikan dengan kenduri adik Pak Aji (2-dalam-1). Berikut foto pengantin baru:
Sepanjang di kampung kami menjamulah selera dengan makanan yang biasa dihidangkan pada musim raya. Setelah beberapa hari timbullah rasa jemu dan selera beralih ke nasi berlauk dan yang seumpamanya. Nantikan entri berikutnya ya!
2 comments:
besar juga keluarga mak aji ni...erm...
**bila madihah pakai niqab tu mak aji?? comey!
Salam Dieyana,
Itu foto yang tak lengkap lagi tu sebab dua adik serta keluarga takde sekali. Kalau tak lagi ramai! Itupun sebapa seibu. Kalau sebapa dua ibu, lagi ramai, daripada 7 beradik ke 13 beradik!
Madihah pakai niqab tu beberapa bulan lepas, yang pertama dalam keluarga kami. Pak Aji dok kenen2 juga kat Mak Aji, entahlah bila nak pakai ya??
Post a Comment