Followers

Thursday, 24 July 2014

Asal Puasa Sahaja Ingat Baka

As-salam.

Kita sudah sampai ke penghujung puasa. Tidak berapa hari lagi kita akan menyambut lebaran. Malah ada sebahagian daripada kita yang sudah pun balik ke kampung halaman masing-masing untuk berpuasa bersama-sama keluarga tercinta. 

Mak Aji bukanlah ada lagi emak dan ayah untuk balik kampung mengucup tangan mereka. Mereka sudah kembali ke Rahmatullah - emak sudah meninggal sekitar 20 tahun lalu dan ayah meninggal lima tahun lalu. Yang ada cuma adik-beradik dan juga emak serta bapa saudara. Kepada merekalah Mak Aji menumpang kasih. Begitulah nasib yatim piatu ya!  

Asal puasa sahaja Mak Aji teringat akan pelbagau kuih Kelantan yang biasa dimakan untuk berbuka. Mak Aji paling suka buah tanjung dan jala mas! Oh ya, juga nekbat! Kalau di KL, sekitar rumah Mak Aji tiadalah kuih-kuih tersebut. Yang ada cuma akok - bolehlah sedikit-sebanyak mengubat rindu! 

Akok ada, abe (abang) takde ya, he he!
Kalau jenis lauk pula, antara yang Mak Aji suka dan ada di sini, kerabu sare/saghe:

Kerabu sare/saghe - sedap weh!
Mak Aji agak bernasib baik kerana saudara Pak Aji yag juga merupakan jiran kami - selang beberapa rumah sahaja - berniaga lauk serta kuih di bazar ramadan di Bukit Rahman Putera. Maka sekitar tengah hari Mak Aji ke rumahnya meninjau apa-apa lauk atau kuih yang agak-agak Mak Aji berkenan untuk dibeli - nama sahaja bersara ya, membeli lauk juga ya, he he! Pak Aji tiada ya, Mak Aji bolehlah gantung periuk sekali-sekala! 

Yang kuidamkan kuih ini ya!:

Buah tanjung dan jala mas. Yang bawah tu kurang pasti apa kuihnya.
Sumber foto: noniesirapdanminicooper.blogspot.com

Nekbat yang sedap!

Sumber foto: rempahtimur.blogspot.com
Bagi anda yang bukan orang Kelantan tentu berasa agak pelik ya, sebab semua kuih ini manis-manis belaka! Apapun memang kuih Kelantan begitu. Mak Aji memang tidak suka makan-minum yang manis tetapi kalau kuih Kelantan ada pula pengecualian sebab memang begitu sifat kuih-kuih ini! Apapun Mak Aji makan bukanlah banyak, sekadar menghilangkan kempunan sahaja! Nanti kau, balik kampung nanti insya-Allah akan kau kukerjakan!!





4 comments:

Umm AA said...

Salam makji,
akok tuh memang feberet jugok..kalo setakat 3 biji mmg tak cukup..tp lama btullah tak merasa..yg nekbat tuh kan mmg manis..tapi makan sikit2 nak jugak ngabeskannya..sebab sedap wpun manis..

selamat hari raya makji, mintak maaflah kalau ade tersalah silap sepanjang kita berkawan dialam maya nie nie..

nurbijen said...

Salam Mak Aji,

Sedap napok akok tu... akok kedut pulak tu, mesti sedap sgt2... Saya kurang minat nekbat, tapi mmg hantu akok.. Jala mas dgn bunga tanjung pun cuit sikit2 jer..

Tapi kerabu sare tu pun peberet saya jugok.. make nasi panas dgn kerabu sare pun cukup doh... haih, bila la boleh balas dendam nak makan kerabu sare nih....

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Akok yang dimasak sedara Pak Aji ni dah disesuaikan dengan lidah org KL, kurang manis. Apapun kaka Mak Aji beritahu kuih Kelantan dah kurang manis sekarang sebab gula dah mahal - rahmat di sebalik kenaikan harga gula! Kuih2 ni walaupun manis tetapi tetap sedap, kan!!

Mak Aji pun sama, mohon banyak2 maaf kalau pernah mencuit perasaan UAA, kita buka buku baru ya!

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Akok ni memang kedut molek, sedap! Manisnya pun sesedap rasa, tak manis sangat! Kalu Pak Aji ada menjeling tajam dia kalau tengok Mak Aji suap jala mas ngan buah tanjung - ambil sebutir dua aje pun. Kerabu sare ni berehi juga ya. Kalau kat KL pun payah nak dapat. Kat Kelate melambak, yang mentah pun ada kat pasar Siti Khadijah. Mak Aji pun buleh make dio sajo! Takpa dah habis ngaji tu balik sini bulehlah make puah! Lamo lagi ko nok abih tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...