Followers

Tuesday, 12 August 2014

Habis Beraya Kembali Belajar

As-salam.

Sebelum Zuhur tadi Mak Aji dan Boy serta Mikhail ke KLIA2 untuk menghantar Madihah ke Surabaya. Insya-Allah dia akan menghadap tahun akhir pengajian di sana dan akan kembali setelah selesai pengajian pada bulan Syaban tahun hadapan. 

Dengan berat hati dia pergi dan Mak Aji ada menyebut yang Mak Aji akan ke sana nanti insya-Allah semasa dia bercuti sempena maulid pada Rabiulawal nanti - tidak lama lagi tu. Pak Aji pun tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Madihah sebab dia dalam perjalanan balik ke mari dari Tarim, Yaman. Petang tadi dia sms yang dia berada di Sana'a dan dia akan transit di Dubai dan Jakarta terlebih dahulu sebelum sampai pada petang 14 Ogos nanti. Pak Aji memaklumkan bahawa anak bongsu Mak Aji, Asyraf sudah pun bertolak ke Mukalla, (6 jam perjalanan dari Tarim) yang menempatkan salah satu cawangan daripada cawangan Dar al-Mustafa. Semoga Asyraf sentiasa dalam perlindungan Allah SWT kerana kepada Dialah sebaik-baik Penjaga!   

Mak Aji kongsikan foto kami di KLIA2 petang tadi:

Dari kiri, Madihah, Mak Aji, Mawaddah serta ibunya, Ustazah Sarah. 

Madihah dan Mawaddah sama-sama belajar di Pesantren Az-Zahro di Pasuruan, Surabaya. Semoga Madihah dan Mawaddah tekun belajar dan sentiasa di bawah peliharaan-Nya juga, amin!!


6 comments:

nurbijen said...

Salam Mak Aji,
Selamat menyambung pengajian buat madhihah dan mawaddah...
Amin amin amin...
Mereka pun mesti dah tak sabar nak habis pengajian dan M'sia...
Sama juga dgn saya... hihihi
Tak sabar nak balik dan jumpa bunda2 di kampung :)

Juls Julie80 said...

Subhanallah....beruntungnya mak aji punya anak2 yg sgt menjaga aurat macam tu & belajar di sana..semoga dipermudahkan..

- dieyana - said...

semoga kedua-duanya selamat sejahtera dan Berjaya..amin...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Terima kasih atas doanya!! Begitu banyak cabaran semasa belajar terutama yang terpaksa berjauhan dengan keluarga! Mak Aji juga doakan agar Nur juga tekun menghabiskan pengajian dan pulang dengan kejayaan, insya-Allah! Dah balik sini nanti keep in touch ya!

Ummu Madihah said...

Salam Juls,

Alhamdulillah, dia sendiri yang mahukan begitu tanpa perlu disuruh. Abahnyalah yang paling suka dengan kesungguhannya itu. Semoga Madihah dan adiknya menjadi saham akhirat kami nanti, insya-Allah!!

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Terima kasih atas doanya Dieyana, amin!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...