Followers

Monday, 11 August 2014

Apabila Kek Menjadi Apam Merekah

As-salam.

Insya-Allah pada petang ini Mak Aji ada tamu yang akan datang berkunjung ke rumah untuk beraya. Mak Aji menyediakan sebiji kek minyak menggunakan resepi Azie Kitchen. Konon sebab mahukan kek yang agak tinggi, maka Mak Aji duakaligandakan adunannya tetapi tetap menggunakan acuan yang bersaiz biasa (yang sesuai untuk satu adunan sahaja - sengaja buat pandai, he he!). 

Kek yang minyak yang terhasil kelihatannya seperti apam merekah seperti berikut:

Semacam apam senyum, kan!
Mak Aji lupa untuk corakkan, makanya beginilah rupa lapisannya. 
Cantik juga, kan! (masuk bakul sikit!).
Kek menunggu tamu yang akan datang nanti.
Lesson learnt: Lain kali kalau mahu gandakan adunan, gunakan acuan yang ada lubang di tengahnya agar cepat masak dengan sekata. Kalau tidak, bila mahu tungu bahagian tengahnya masak, bahagian luarnya akan menjadi kering dan sedikit garing daripada biasa - peringatan untuk diri sendiri!




4 comments:

- dieyana - said...

gebunya, mak aji....mesti sedap tu...lama sungguh tak membaking ni!

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Alhamdulillah sedap cuma kering sikit! Dah nak habis raya dah ni, bolehlah mula membaking balik! Org ofis dok sibuk beraya sakan lagilah ya!?

kakmonie said...

salam - cantiknya, jadi le dah tu. Nasib baik jadi coraknya walaupun tinggi. Buat lagi... macam sedap je ni

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Mak Aji sesaja buat eksperimen lagi (tak habis2 bereksperimen) dengan buat 2 adunan tapi guna acuan yang sama. Sepatutnya gunalah acuan yang besar. Kononnya nakkan kek yang tinggi supaya comey, he he! Rasanya sedap walau rupa macam apam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...