As-salam.
Mak Aji lahir di Wakaf Che Yeh (kalau pergi ke Kelantan dan tidak menyinggah ke sini, alamat anda kena pergi lagi!) dan membesar di sebuah bandar kecil di Pantai Timur, di Pasir Puteh, Kelantan. Pada hujung minggu kami sering ke Pantai Dalam Ru (sekarang digelar Pantai Bisikan Bayu). Di situ kami biasa berkhemah dan bermalam. Selain mandi-manda kami juga biasa mengutip remis di tepi pantai. Pada hari Ahad berikutnya kami ke sekolah dengan kulit hangus terbakar dek matahari dan ada ketikanya hidung pun berbelak-belak apabila kulitnya terkopek - pedihnya tak terkata! Apabila Mak Aji meningkat anak dara, Mak Aji sudah tidak ingin berpanas sebab malu apabila diejek di sekolah kerana kulit terbakar!
Mak Aji biasa dengan remis (yang dibubuh garam dan diperap. Dimakan begitu sahaja!), etok, kepah dan juga lokan. Mari kita lihat perbezaan antara kesemuanya:
Kepah. Sumber foto: http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/kepah-serai-bercili.html |
Kerang. Sumber foto: http://apakehei.blogspot.com/2014/01/petua-untuk-mudah-kopek-kerang.html |
Kupang. Sumber foto: http://lindarahim-ummyaisy.blogspot.com/2011/05/kupang-tumis.html |
Remis. Sumber foto: http://blog-perak.blogspot.com/2012/02/07-di-lumut-google-blog-search_12.html |
Lokan. Sumber foto: http://watiermanlife.blogspot.com/2012/04/lokan-kepahapa-bezanya.html |
Mentarang. Sumber foto: http://dairykusaf.blogspot.com/2011/05/panggilan-mentarang.html |
Etok. |
Kalau kepah, kerang, kupang dan mentarang Mak Aji biasa masak serai sahaja. Remis pula tidak perlu dimasak. Arwah ibu Mak Aji cuma bersihkan, kemudian digaul dengan garam kasar dan perap (entah berapa lama kurang pastilah pula). Boleh dimakan begitu sahaja seperti juga etok salai.
Lokan pula kegemaran kami sebab itu bahan utama untuk bubur lambuk Pantai Timur, lain daripada versi Kampung Baru setiap Ramadan itu! Versi kami diletak santan, isi ikan, lada hitam, bawang merah, halia, udang (basah dan kering), lokan, pucuk miding (6,7 ikat untuk satu pot beras). Percayalah versi kami jauh lebih sedap!! Sekali cuba anda tidak akan lupa sampai bila-bila!
Mak Aji kenal kupang setelah bertahun-tahun tinggal di KL (bukan KL pun, di Selangor, Sungai Buloh, he he!) Mentarang pula Mak Aji baru kenal, sejak beberapa tahun lepas - ada tugas rasmi di Sabak Bernam. Berulang-alik ke sana kami menyinggah makan memntarang bakar - boleh tahan sedapnya!
Amacam, ada faham sedikit perbezaan antara beberapa jenis kerang-kerangan yang Mak Aji tunjuk ini? Semacam tutorial pulak ya! Kasi can Mak Aji jadi cikgi ya!
4 comments:
Salam makji,
kalau lala tuh family kepah la yer..
memang betullah masa kecik2 dulu suka sangat kutip remis kat pantai..kepah kat sungai ..sampai dah takleh beza antara orang ker kerbau ..heheh
Salam UAA,
Oh ya, lala lupa pula nak boh sekali. Rasanya sepupu sepapat remis, bukannya kepah sebab rupanya agak2 sama. Apapun anak beranak dia belaka tuh! Mak Aji pun teringat semasa baru2 kahwin dulu Pak Aji ajak ke Sungai Jerteh (tempat yg ceteklah) utk cari etok. Seronok juga tapi betullah, boleh menulis kat tangan sebab hangus letong!! Tokleh beza ore dgn kerbau, he he he!!! Those were the days!
Saya pun suka kutip remis kalau pergi pantai dan kena pada musimnya... tapi biasanya mak akan masak ketuk serai... tak sangka tak perlu masak rupanya.. nanti boleh cuba letak garam cara Mak Aji ni... tapi entah bila la tu agaknya...
Lepas ni kalau keliru lagi pasal keluarga kerang-kerangan, boleh la rujuk tutorial mak Aji ni... Yg saya kenal.. etok, remis dan kerang jer... yg lain2 tu, selalu tertukar...
Salam Nur,
Oh dimasak serai juga ya. Kami makan yang ditaruh garam je. Nur pernah tidak makan udang sawah yg halus2 macam geragau (besar sikit kut), dibuat macam cerviche - bersihkan udang, toskan. Tumbuk sikit2 jangan hancur. ketepikan. Tumbuk cili api, boh ke dalam udang tadi, boh daun kesum yang dimayang halus, garam dan air asam limau nipis. Gaul dan siap untuk makan dengan nasi!
Alahai, Mak Aji setakat boh apa yg tahu je, ada banyak lagi yg termiss tu, seganlah pulak!
Post a Comment