As-salam.
Kakak sulung Mak Aji baru balik dari Jepun bersama-sama suami dan dua anak bujangnya. Seronok juga mendengar cerita daripada mereka tentang pengalaman mereka sepanjang di sana.
Kita sering dengar orang mahu ke Jepun untuk ke Tokyo Disneyland, untuk melihat Gunung Fuji serta lain-lainnya. Kakak Mak Aji banyaklah melawat tempat-tempat menarik termasuklah ke Gunung Fuji. Mak Aji tidak mahu berita panjang tentang tempat-tempat istimewa di sana tetapi perkara lain yang jarang disebut oleh pengunjung ke sana. Mak Aji ingin kongsikan beberapa foto yang mereka bawa balik:
|
Apa yang luar biasa dengan foto ini??? |
Jika anda perhati betul-betul anda akan melihat dua kotak kertas yang di panjang di tengah dan kanan foto. Cuba teka apa yang di dalam kotak itu! Ada orang tidur di dalamnya! Orang yang tidak berumah!! (homeless) Betapalah kemas dan bersihnya orang Jepun sehinggakan orang tanpa rumah pun masih kemas kotak/tempat tidurnya itu! Foto ini dirakam di tepi jalan di kota Tokyo.
|
Inilah dia bilik mandi terbuka (common bath) di hotel tempat kakak Mak Aji
sekeluarga menginap! Mereka bernasib baik kerana bilik mereka
mempunyai bilik airnya sendiri! |
Kata mereka, bilik air ini untuk lelaki dan juga wanita dan mereka mandi tanpa memakai apa-apa! Nanti dahulu jangan terlopong mulut anda! Waktu untuk wanita dan lelaki mandi berbeza - ada jadual waktunya! Apa macam, boleh anda mandi di sini??? Ada berani? Masuk kandang kambing kena mengembek tau!
|
Cuba anda teka kenderaan apakah ini! |
Inilah dia lori sampah yang bersih berkilat! Cuba bandingkan rupa lori sampah kita! Semacam bumi dengan langit, bukan!
|
PAS pun mendapat sambutan di Jepun! |
Siapa kata PAS hanya ada di Malaysia? Foto di atas membuktikan kenyataan yang sebaliknya!! Ini dia basikal Yamaha PAS!
Sekadar tambahan kepada foto-foto di atas, ingin Mak Aji menambah kata - untuk pengetahuan anda, restoran di kota Tokyo sememangnya bersaiz kecil sehimggakan pelanggan terpaksa beratur di luarnya menunggu giliran untuk masuk. Berdasarkan pemerhatian Mak Aji sendiri restoran biasa hanya mampu memuatkan beberapa orang sahaja sekali makan. Jadi yang selebihnya beraturlah di luar restoran! Yang Mak Aji lihat itu restoran yang menjual sushi. Sebuah lagi restoran Pakistan yang pernah Mak Aji masuk pula hanya boleh memuatkan sekitar 4 biji meja makan sahaja dengan 4 kerusi setiap satu meja. Cenonet amat saiznya!
|
Mereka beratur untuk masuk makan sushi rasanya! |
Foto di atas ini sebenarnya foto yang Mak Aji rakam semasa ke Tokyo pada akhir tahun 2002 atas urusan kerja.
Jom layan lagi beberapa foto lain semasa Mak Aji di Tokyo ketika musim luruh:
|
Daun tengah menguning. Di luar pejabat ACCU, tempat berlangsungnya mesyuarat. |
|
Pantang nampak bunga nak bergambar! |
|
Ini kedai bunga di lobi hotel. |
|
Keluar pintu hadapan rumah dan jalan selangkah dua sudah
pijak jalan raya! Ini salah satu rumah orang Jepun di Tokyo. |
|
Kedai bunga lagi, he he! Malu sendiri. |
|
Tumpang semangkuk! Kereta di hadapan hotel. |
|
Bersama Ibu Amien dari Jakarta. Jalan-jalan cari buah tangan. |
|
Ibu Amien dan Azra dari Maldives. |
|
Ada kawan kirim kimono, mak aaii, mahal bagai apa weh. Yang murah sedikit
yukata, maka itulah yang dibeli. |
|
Jumpa minah Jepun yang jalannya terkepit-kepit
kerana pakai kimono! |
|
Window shopping - baju apa entah? |
|
Jalan nak masuk ke subway. Maaf ya, foto bullet train hilang entah ke mana! |
|
Di sebuah restoran Jepun. |
Apabila Mak Aji ke sana atas urusan kerja, maka tentunya ada foto kerja dan yang berkaitan kerja:
|
Dengan sebahagian wakil negara lain. |
|
Dengan seorang lagi ahli mesyuarat dari Jepun. |
|
Dengan seorang pakar kanak-kanak yang begitu
kreatif menghasilkan origami! |
|
Dengan pegawai dari ACCU. |
|
Sebagai wakil institusi dari Malaysia. |
|
Duduk di sebelah Azra sepanjang mesyuarat. |
Untuk pengetahuan, Mak Aji berada di sana ketika hujung bulan puasa - ketika menyanggup untuk pergi tidak pula Mak Aji perasan! Mak Aji baru perasan apabila segala persiapan sudah dibuat, apakan daya, teruskanlah juga. Pada tahun itu jugalah berlakunya tragedi 11 September - nasib baiklah ke Jepun, kalau ke Amerika Syarikat alamat takut juga kalau-kalau dicap pengganas!
Yang bagusnya (menitis juga air mata!) pada ketika keluarga di Malaysia sedang solat raya Aidiladha, Mak Aji bersiap untuk pulang. Mak Aji sempat menelefon sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Narita. Ketika itu Pak Aji sudah pun berada di kampung bersama-sama anak-anak! Sedihnya!
Dalam pesawat, sedang Mak Aji leka melayan rasa sayu di pagi raya sambil makan mi Jepun yang berwarna hijau tu yang disiram kicap cair, Mak Aji disapa seorang pramugara yang tersenyum - "Selamat hari raya puan! Sama-samalah kita beraya di sinilah ya!" Lega sedikit rasa hati sebab sekurang-kurangnya adalah kawan yang senasib!
Sampai sahaja Mak Aji di KLIA, Mak Aji mendaftar masuk ke hotel di KLIA sementara menunggu penerbangan ke Kota Bharu awal pagi esoknya. Masuk sahaja ke bilik Mak Aji terus pasang TV untuk mendengar takbir raya. Sampailah ke malamnya tiada sekalipun kedengaran takbir. Bertambah lagi sedih di hati!
Setelah tiba di Kota Bharu Mak Aji dimaklumkan pula oleh Pak Aji yang dia tidak membawa balik beg baju Mak Aji - terasa ringan (dia ingat kosong!) katanya, lalu tidaklah dibawa balik kampung! Mak Aji pula ada satu beg penuh baju kotor! Terpaksalah Mak Aji beraya dengan baju pinjam, termasuklah beg tangannya sekali! Ada kenduri kahwin pulak tu sepanjang cuti raya tu! Haru betul!
Setiap kali orang sebut Jepun, setiap kali itulah Mak Aji ingat pengalaman ini!
3 comments:
Jeun mmg dikagumi kerana sikap bersih rakyatnya..
mak aji masih muda remaja masa tu hehe...kecik comel ja...
yg lucu kes takde baju raya tu la hehe
Salam Kam,
Betul tu bab kebersihan, takde langsung nampak sampah kat mana-mana! Bab kerja pulak mereka cukup rajin. Mak Aji pula diminta balik lambat untuk bantu mereka siapkan laporan setiap kali berlangsungnya mesyuarat. Kawan-kawan lain balik awal.
Takde muda pun, sebab usia ketika tu dah 42 tahun dah! Badan keciklah tak macam sekarang, he he!
Baju dan seluar kecik kena beli, baju kurung dan tudung kena pinjam. Memang beraya dengan hati bengkerk je, geram!
Bila tgk banner tahun 2002 tu, ingatkan zaman muda remaja mak Aji.. bila baca komen, tak jadi nak cakap muda remaja.... Tapi dalam gambar, nampak mak Aji awet muda... 2002 dua tu, saya baru graduated degree :)
Yup, betul la mak Aji... mmg orang Jepun ni bersih.... orang gelandangan pun bukan main kemas lagi...
Huwaa, tak sanggup mandii kat shower lagu tu.. aci kot kalau "berkemban gantung".... hihihi
Post a Comment