Followers

Monday, 24 December 2012

Jalan-jalan ke Pasar Sidoarjo

As-salam.

Juga cerita dari Surabaya (tak habis-habis ya!). 

Selama di sana Mak Aji berpeluang ke pasar kota Sidoarjo. Saksikan beberapa foto menarik yang sempat dirakam:

Ikan rebus bersusun.
Ikan tongkol rebus.
Buah nanas mini.
Dari dekat.
Barangan tembikar.
Tembikar lagi.
Kelapa siap kopek.
Buah avokado masak cukup sedap dibuat jusnya yang pekat!!
Buah avokado (alpukat).
Taugeh ini dibiar kering sahaja - tidak disimpan di dalam air!!
Sekitar pasar.
Alat timbang yang rata-rata digunakan di pasar. Cukup menarik!!
Kereta KIJANG di luar pasar.
Strawberi dan anggur tempatan yang walau kecil cukup manis rasanya.
Punyalah banyak tempe yang dijual!!
Nasi impit dalam daun pisang.
Cukup seronok apabila Mak Aji menemani Ibu Dewi ke pasar. Lain tempat lain pula gayanya ya! Seperkara yang menarik, taugeh di sana dijual tanpa diletakkan di dalam bekas berisi air. Sebaliknya di dalam bekas kering. Taugeh ini tahan disimpan selama lebih kurang 10 hari dalam peti ais tanpa perlu diletak dalam air! Pelik, kan!! 

Buah avokadonya pula cukup murah berbanding di sini. Jus avokado ini memang kegemaran Mak Aji. Sepanjang di sana entah berapa gelas yang Mak Aji minum! 

Jus alpukat yang cukup sedap!!
Masih terasa di tekak kesedapannya!!



6 comments:

AsiahRSC said...

Jauh perjalanan, luas pengalaman dan pandangan ...

shilamuin said...

Wah tempe dah macam cheese dah ruper dia mak aji

Ummu Madihah said...

Salam Siah,

memang seronok memerhati cara org lain live their lives, walau cuma di seberang hidup mereka banyak bezanya drp kita. Pengalaman cukup berharga. A lot to be thankful for, especially bersyukur dengan segala keselesaan hidup kita di tanah air sendiri.

Ummu Madihah said...

Salam Shilamuin,

he he he! kalau kat sana bila makan nasi, tak sah kalau x ada tempe! Kalau tukang jual pula, dia jual tempe semata, bukannya dijual sesama sayuran kalau di tempat kita - very specialized! Menimbun tempe yang dijual! Semacam cheeselah, he he!

Elham said...

Bestnya baca cerita akak d surabaya...we didnt get to experience all these masa g sana. Pegi dgn medical delegation, so ikut dia org punya itinerary la..asyik g museum tak habis2!! Spa ada lah, teringin nak cuba makanan kat pasar tu tp ye lah...mat2 saleh tu mana nak makan kat situ kan. You are so lucky ada local tourist guide....

Ummu Madihah said...

Salam Nor,

Akak pun masa keje dulu gi overseas atas urusan keje, jangan harap nak ke pasar camtu, peluang shopping pun x puas. Bila dah pencen ni, alhamdulillah ada peluang nak buat macam-macam x macam dulu. Alhamdulillah juga ada kawan satu kepala di sana utk jd teman berjalan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...