Followers

Monday, 24 December 2012

Jangan Sakit Lagi Tau!

As-salam.

Mak Aji ada berpesan kepada anak-anak di Surabaya - jangan sakit lagi tau! Hendak tahu mengapa? Kos perubatan di sana cukup mahal berbanding di sini! Tidak hairanlah ramai orang seberang akan menyeberang ke mari untuk mendapatkan rawatan! Mengikut Ibu Dewi, kos bersalin sekitar RM10,000 dan untuk pembedahan apendiks sahaja kosnya mencecah sehingga RM7,000! 

Kos perubatan Asyraf tempoh hari mencecah 4 juta lebih - sekitar RM1,200. Itupun di hospital swasta agak sederhana, bukannya yang di kota besar! Ubat-ubatan juga mahal di sini berbanding di tanah air kita. Kalau sakit, kita perlu jumpa doktor dahulu, doktor memberi preskripsi dan kita perlu ke farmasi (apotik) untuk membeli ubatnya. Doktor hanya memberi konsultasi sahaja.

Apapun, kita hanya mampu berdoa dan berharap yang terbaik, yang menentukan segalanya, Allah SWT. 

Perkhidmatan yang disediakan oleh hospital.
Beg ubat Asyraf.


2 comments:

shilamuin said...

Hujan emas dinegeri orang. Hujan batu negeri sendiri. Oh Malaysia ku

Ummu Madihah said...

Salam Shilamuin,

betul tu. Mak Aji x betah lama di tempat orang, kalau seminggu berjalan ok lagi, bila lebih lama rindu semuanya yang ditinggalkan di Malaysiaku tercinta!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...