Followers

Thursday 24 July 2014

Golden Republic Malaysia Sdn. Bhd.

As-salam.

Pada hari Ahad lepas Mak Aji berkunjung ke premis Golden Republic, sebuah syarikat bumiputera yang menghasilkan Premix (Tepung Pracampuran) dan produk siap bakeri, menyediakan khidmat nasihat dan bantuan teknikal berkaitan industri bakeri, menjalankan kusus usahawan bakeri dan menghasilkan produk berinovasi terbaru. 

Mak Aji mengenali Golden Republic melalui FB dan Mak Aji berkunjung ke situ untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat ini. Premisnya di Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam. 




Encik Suhaimi menunjukkan sijil halal yang mereka peroleh
untuk kesemua produk mereka.
Antara produk keluaran mereka.
Antara produk keluaran mereka juga.
Mereka dalam proses menambah produk keluaran.
Cookie-premix yang mereka keluarkan.
Ini pula bahan premix untuk donat. 
Ini juga cookie-premix mereka.
Syarikat ini mengambil dua lot kedai dan satunya merupakan tempat mereka
mengeluarkan produk bakeri mereka.
Mak Aji berbual dengan Encik Suhaimi yang merupakan salah seorang daripada 4 orang anak muda yang menjadi pemilik syarikat ini. Mereka terdiri daripada anak muda yang mempunyai latar pendidikan yang berbeza - syabas Mak Aji ucapkan atas usaha mereka untuk masuk ke dalam bidang ini yang dimonopoli bangsa asing! Usaha mereka ini sebagai memenuhi fardhu kifayah - menyediakan bahan yang halal untuk pengguna Islam dan yang selainnya. 

Berikut antara produk mereka :

1) ConviMix Sweet Bun RM 87.50 / 5kg pack.
2) ConviMix Loaf RM 56.25 / 4.5kg pack.
3) ConviBake Double Chocolate Cookies RM 17.90 / 500gm pack.
4) ConviBake Crunchy Cornflakes Cookies RM 17.90 / 600gm pack.
5) ConviBake Cranberry Cereal Cookies RM 17.90 / 450gm pack.
6) ConviBake Oatmeal Blackcurrant Cookies RM 17.90 / 450gm pack.
7) ConviBake Doughnut RM 9.00 / 1000gm pack.
8) ConviBake Cream Puff RM 10.50 / 950gm pack.
9) ConviBake Sweet Bun RM 10.00 / 1000gm pack.
10) ConviBake Loaf RM 9.50 / 1000gm pack.
11) Ms. Lizzie Mix Fruity Bread RM 17 / 500gm pack.
12) Ms. Lizzie Carrot Grain Bread RM 10 / 500gm pack.
13) Ms. Lizzie Onion Chives Bread RM 7 / 500gm pack.
14) Ms. Lizzie Spice Aroma Bread RM 9 / 500gm pack.
15) GR Super Bake (Bread Enhancer).

Mak Aji membeli GR Superbake dan Convibake Cream Puff dan setakat ini belum mencubanya lagi. Apabila dicuba nanti Mak Aji bolehlah buat sedikit review mengenainya ya. GR Superbake ini sebenarnya merupakan bread enhancer keluaran pihak Golden Republic (M) Sdn Bhd. untuk menggantikan fungsi telur, bread improver, softener, water roux & baking powder.  Convibake cream puff pula merupakan premix untuk menghasilkan cream puff yang gebu! 

Kepada mereka yang belum kenal Golden Republic, sila ke laman FB mereka kerana Mak Aji ingin kongsikan rasa kagum Mak Aji akan kejayaan mereka menghasilkan produk bakeri yang cukup gebu gebas!! Mak Aji juga teruja untuk mengikuti kelas bakeri mereka nanti, insya-Allah!

Marilah kita sama-sama menyokong usaha murni mereka di samping memastikan bahawa bahan-bahan bakeri kita memang halal untuk santapan kita sekeluarga!




5 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dimana kedainya Mak aji..

Alhamdulillah ada juga produk halal dari bumiputera ni :)

Ummu Madihah said...

Salam Nur Hayati,

Berikut alamatnya:

Block C 37-G, Plaza Jelutong, No 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Malaysia

Cuma, di kedai mereka apa yang Mak Aji paparkan di foto itu sahaja yang ada setakat ini. Sila rujuk senarai produk mereka pada entri. Mereka akan selepas ini cuma masuk ke bakeri untuk memasarkan produk mereka, insya-Allah. Idea serta wawasan mereka cukup besar dan mereka berusaha ke arah itu.

nurbijen said...

Bagus inisiatif anak2 muda ni buka bakery dgn konsep sebegitu... semoga perniagaan mereka terus berkembang maju... Nanti bila dah buat cream puff gebu tu, jangan lupa review tau Mak Aji..

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Sama2lah kita doakan kejayaan mereka ni! Insya-Allah nanti Mak Aji buat review untuk cream puff tu ya. Baru je tadi dapat resepi custardnya, he he!

Unknown said...

Assalamualaikum..sya azian dr langkawi..baru dom sthn mula berjinak dlm menjual roti full time ..blh dtokan contact no untuk dhubungi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...