Followers

Sunday 20 July 2014

Hilang Mood Raya

As-salam.

Semakin hari semakin cepat masa berlalu dan Ramadan sudah sampai ke sepuluh hari terakhirnya. Semoga hari serta malam-malam terakhir ini kita manfaatkan sepenuhnya agar lailatul qadar tidak berlalu begitu sahaja, amin!!

Berlainan daripada tahun-tahun lepas Mak Aji perhatikan bahawa bunyi mercun yang selalunya cukup membingitkan (apabila hari raya semakin dekat) agak semakin kurang pada tahun ini. Sesekali adalah berbunyi - agaknya orang lain pun hilang mood raya juga - ketika sesekali berbunyinya mercun itu Mak Aji berasa sangat kecil hati (dengan mereka yang bermain mercun) mengenangkan saudara kita di Palestin yang saban hari dibunuh tentera Israel. Mereka terus terusan dibom dan sudah beberapa ratus saudara kita terkorban manakala beribu-ribu lagi cedera. Kita pula di sini sempat lagi main mercun untuk suka-suka dan berseronok!! Tiada hati perutkah kalian??? 

Kalau kita masih mampu berbaju baru, menyiapkan kuih-muih raya, dan membuat pelbagai lagi persiapan raya kita harus bersyukur yang hidup kita masih aman, tidak seperti mereka. Yang pasti kemeriahan raya pada tahun ini tidak mungkin semeriah tahun-tahun lepas - terasa bagaikan hilang mood raya mengenangkan nasib mereka nun di sana. Tolonglah hentikanlah mercun segala bagai tu! Mak Aji terbayang-bayang rupa mereka yang menjadi mangsa. Hentikanlah, tolonglah!!

Berikut Mak Aji selitkan video bunga api semasa sepupu Mak Aji kahwin tidak lama dahulu. Apabila melihatnya sekarang Mak Aji terbayang seolah-olah tembakan daripada tentera Israel ke arah saudara kita!!:




Tragedi MH 370 masih basah dalam ingatan dan kita diduga lagi dengan perbuatan khianat terhadap MH 17. Mampukah kita semua beraya seperti biasa? Mana mungkin, bukan!! Marilah kita panjatkan doa buat para penumpang beragama Islam untuk kedua-dua pesawat ini, moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, amin!






6 comments:

Tengkubutang said...

hemm.. meamng mood raya tak seperti sebelum ni pun.. =(

Ummu Madihah said...

Salam Tenkubutang,

Yalah memang lain macam sikit tahun ni, kan! Harap2 tahun depan menjanjikan suasana yang lebih meriah, insya-Allah!

Umm AA said...

salam makji
memang betul wpun kita atau keluarga rakan taulan kita terlibat namun tempiasnya tetap terasa...sedih akan nsib saudara seislam kita..mmg tak patut kalau kita beraya 'tok kbaha ingat' sedang mrk2 tu tak boleh nak tidur atau makan usahkan nak pikir pasal raya beraya kan..

nurbijen said...

Betul lah mak Aji.. mood raya tahun ni tak macam sebelum ni... Saya ingatkann sbb dah tahun ke3 beraya kat negara orang... tapi bila difikir balik, perasaan sgt berbaur mengenangkan nasib anak2 seislam di sana.... Buka FB pun dah sgt jarang sbb tak sanggup tgk gambar2 anak2 kecil yg terkorban...

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Memang ya, sedih betul ingatkan nasib mereka. Hancur luluh hati bila tengok anak2 yang menjadi mangsa. Kalau di FB tu tengok sekali lalu dan kadang2 terus hide sebab tak sanggup tengok lagi!

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Perang di Palestin memenag membawa kesan besar kpd kita sbg umat Islam. Mak Aji pun dah 3 tahun beraya di KL, jadi raya tahun ni takde aral, baliklah. Kat KB lagi terasa kecik hati tengok org main bunga api, bukan bunga api sebesar lengan ke, ni sebesar paha! Berlonggok je di tepi jalan - mrk dok pasang kat divider jalan kat simpang 4 nak ke Wakaf Che Yeh tu - esok paginya nak gi solat raya, asapnya masih ada, macam jerebulah pulak, kelam! Malam xleh tido! Mak Aji buka juga FB tapi bila tiba bab anak2 kecil yang syahid dan cedera tu cepat2 hide, x sampai hati nak tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...