Followers

Sunday, 6 July 2014

Makkah Al-Mukarramah

As-salam.

Usai solat Jumaat (27 Jun) kami berkumpul di hotel untuk meneruskan perjalanan ke Makkah. Dalam perjalanan itu kami singgah di Bir Ali untuk bermiqat. Maka bermulalah tempoh kami berada dalam ihram untuk umrah pertama kami.

Perjalanan mengambil masa sekitar 7 jam untuk sampai ke Makkah dari Madinah. Kami menyinggah di sebuah restoran untuk dijamu nasi Arab dan juga bersolat Maghrib dan Isyak secara jamak. Jam 11 malam akhirnya kami tiba di hotel di Makkah.  

Pertama kali memandang menara jam di kota Makkah dari jauh!

Setelah membawa masuk beg ke bilik, dan mengemas serba sedikit, jam 12 malam kami bersiap sedia untuk menunaikan umrah pertama kami:


Siap sedia untuk tawaf, saie dan tahalul bagi menyempurnakan umrah pertama.

Sekitar jam 3 pagi kami selesai mengerjakan umrah. Dalam kami berkira-kira untuk pulang ke hotel, kedengaran azan pertama Subuh. Kami pun menunggu sahaja menjelang masuknya waktu solat Subuh. Selesai solat Subuh barulah kami keluar dari Masjidil Haram menuju ke hotel. Anak-anak ternampak kedai yang menjual aiskrim, jus serta kebab dan sebagainya. Pak Aji pun terus membeli aiskrim - bayangkan kami makan aiskrim pada waktu Subuh!:

Sedap aiskrim Boy??
Makan aiskrim ketika waktu subuh! Sedap pulak tu!!
Berikut pula foto awal Masjidil Haram dari tempat kami makan aiskrim:




4 comments:

Kamsiah yusoff said...

Subhanallah...indahnya suasana disana..pasti pengalaman berpuasa begitu mengujakan..

suka suka said...

Assalam Mak Aji
Alhamdulillah .. suasana disana tiada masalah makan wp waktu subuh kan Mak Aji

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Memang indah sekali suasananya, sejuk dan tenang sahaja hati walau terpaksa menempuh dugaan terutama cuaca panas pada siang, juga malamnya!

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

Betul Mar, suasana sentiasa hidup 24 jam tanpa henti sepanjang hari dan malam. Makan juga boleh pada bila-bila masa sahaja! Kalau kat tempat kita mananya nak makan aiskrim jam 4 lebih pagi, he he - sibuk mengulit mimpi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...