Followers

Tuesday 8 July 2014

Sambutan Hari Jadi Sekali Harung

As-salam.

Seperti yang Mak Aji ada sebut dalam entri sebelum ini,  ramai ahli keluarga Mak Aji yang menyambut ulang tahun pada bulan Jun. Maka pada hujung minggu sebelum kami mengerjakan umrah, ahli keluarga berkumpul dan Mak Aji masak-masaklah sedikit untuk jamuan kecil kami sekeluarga. Mak Aji siapkan dua biji kek, kek span pandan dengan aising berperisa limau nipis dan juga kek coklat Devil (Azlita Masam Manis).:

Birthday boys -Zhafran dan Pak Aji, birthday girl - Mida.
Jenuh Pak Aji memegang Aleesya yang tak tahu diam!
Amacam kek, cantik tak??
Devil's chocolate cake merupakan kek paling susah yang Mak Aji buat
setakat ini! 
Kek coklat Devil ini merupakan kek yang paling rumit Mak Aji buat setakat ini - ada sense of accomplishment - senyum sendiri (walaupun tidaklah secantik Azlita punya!). Anak-anak paling suka kek itu. Insya-Allah lain kali boleh buat lagi!!



2 comments:

Umm AA said...

salam makji,
wah nie lah gengnya bulan june yer.hepi besday tuk pak aji n zhafran n isteri..pandainya makji buat kek ..nampak cantik dan kemas...mesti sedap tuh..

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

He he dah tua2 baru nak belajar buat kek dan dekonya. Kalau x tempah tu bolehlah untuk hidangan keluarga, jimat sikit duit, bahan dan cara buatnya juga terjamin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...