Followers

Wednesday 23 April 2014

Jalan-jalan Cari Tukang Urut

As-salam.

Seperti juga resminya kereta lama, kenalah lebih kerap dibuat servis, silap haribulan kena buat overhaul, maka begitu jugalah badan Mak Aji yang semakin dimamah usia ini!

Pada hari Jumaat lepas, badan Mak Aji berasa kurang sedap, seperti hendak (tidak mahu sebenarnya) demam sahaja, demam uratlah agaknya. Mak Aji menyebut hal itu kepada Pak Aji. Disuruhnya Mak Aji mencari tukang urut. Yang Mak Aji teringat tukang urut Ros nun jauh di Johor Bahru. "Jom kita pergi," kata Pak Aji!

Jadi, gara-gara mencari tukang urut kami pun bertolak ke JB pada pagi Sabtu (Mak Aji off jaga cucu pada hari minggu). Apapun kami terpaksa balik pada keesokan harinya (untuk memulakan tugas Mak Aji balik pada Isninnya!). Maka dengan santainya kami berhenti makan minum serta berehat sebelum sampai ke Skudai, ke rumah anak sulung Mak Aji. Tukang urut sudah ditempah awal-awal lagi. 

Sepanjang kami di rumah Along sempatlah kami bermesra dengan cucunda berdua, Naufal dan Imran. Sempatlah juga Mak Aji menghantar mereka ke sekolah pada pagi Ahad itu - seronoknya mereka! 

Petang Sabtu selesai sesi urut untuk Mak Aji dan malamnya Pak Aji pula berurut. Esoknya berangkatlah kami balik ke KL.

Dalam perjalanan balik ke KL kami menyinggah untuk pekena asam pedas Melaka - kegemaran kami berdua (juga seisi keluarga sebenarnya!). Kami ini kami main terjah sahaja dan setelah meng-Google kami memilih Asam Pedas Hajah Mona di Kota Laksamana - terbukti sedap sehinggakan kami tapau asam pedas tetel dan ikan parinya!

Asam pedas Hajah Mona - tetel dan ikan tenggiri.

Kalau kami menyinggah ke Melaka pada waktu malam, tentunya kami akan ke restoran Asam Pedas Pokok Besar, juga di Kota Laksamana!



6 comments:

Kamsiah yusoff said...

jauhnya mencari tukang urut...tp kalau berkesan,berbaloi,kan...saya ni kalau tak terpaksa..tak mengurut punya hehe

Umm AA said...

Dua2 mak & pakajinya sangat urat yer...kalau kat kelate pun senang jgk nak carik kan..tapkerlah menyelam sambil minum air..jauh2 pun dpt singgah makan asam pedas yg sodap..:)

suka suka said...

Assalam Mak AjiLama dah tak buat terapi ni..miskin masa betul saya ni

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Mak Aji agak kecewa sikit dengan tukang urut hari tu sebab kalau biasa dia urut 2 jam tapi dek kerana mengejar Maghrib diurutnya sejam aje - aiseh man - kita datang jauh2 dia buat mcm tu! Berasap juga kepala ni! Kalau tukang urut lain, masuk waktu berhenti solat jap, pastu sambung balik, baru betul. Yang ni tak pulak, dia cabut aje!

Mak Aji ni memang dah ketagih urut, he he!

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

He he, Pak Aji yang beria-ia nak ke JB kononnya suruh Mak Aji urut, rupa2nya dia pun nak urut jugak, padanlah! Itulah dia, sambil menyelam, minum air, siap makan lagi, he he!!

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

Kena allocate masa Mar, jangan ingat kerja aje, badan pun nak kena belai2 juga, nanti jem dia susah kita, he he! Cewah ni nasihat orang yg dah pencen kpd org yg masih kerja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...