Followers

Sunday, 6 July 2014

Ramadan di Makkah

As-salam.

Pada awalnya kami menjangkakan yang 1 Ramadan jatuhnya pada hari Sabtu tetapi semasa kami berada dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah, mutawif kami, Ustaz Aiman membuat pengesahan bahawa puasa akan bermula pada hari Ahad. Maknanya pada Sabtu malam akan bermulalah terawih di Masjidil Haram.  

Pada hari Sabtu kami seawal pagi bersiap sedia ke masjid untuk solat Subuh. Seawal 3.00 pagi kami sudah bangkit dari tidur dan sekitar 3.40 kami sudah beriktikaf di masjid menunggu masuknya waktu Subuh sekitar jam 4.15 pagi. Selepas solat Subuh kami menunggu sehingga selesai menunaikan solat dhuha sebelum kembali ke hotel. 

Setelah bersarapan kami berehat sementara menunggu waktu solat berikutnya. Begitulah rutin kami yang tidak banyak berubah sepanjang berada di Makkah. Bermula dengan solat terawih keadaan masjid semakin sesak dan kami terpaksa ke masjid jauh lebih awal agar tidak berebut-rebut mendapatkan tempat. Solat terawih dibuat sebanyak 20 rakaat dengan dua imam (tukar drebar kata penceramah kursus umrah!). Selesai sahaja 10 rakaat sekiranya ada jenazah, akan dilakukan solat jenazah terlebih dahulu. Selesai 20 rakaat sekali lagi jika ada jenazah akan ada lagi solat jenazah. Setelah itu barulah ditunaikan solat witir 3 rakaat dengan dua salam. Sesuatu yang agak luar biasa ialah pada rakaat terakhir solat witir, doa qunut dibacakan seawal malam pertama terawih! 

Solat terawih akan selesai sekitar jam 11.30 malam. Kami, seperti malam pertama di sana, seakan menjadi tabiat, mesti pekena aiskrim atau jus buah sebelum balik ke hotel! Memang nyaman sekali!!


Menara jam Makkah, mercu tanda terkini. Di bawahnya kompleks
beli-belah - kami tidak sempat pun untuk meninjau-ninjau,
sekadar melihat dari luar sahaja.
Pintu King Abdul Aziz - laluan kami masuk dan keluar.
Sempat selfie juga dengan dua orang jemaah dari Bandung sementara
menunggu waktu berbuka puasa!
Sekumpulan jemaah dari Turki yang bertadarus sementara menunggu
masuknya waktu solat yang berikutnya.
Selepas tawaf sunat usai solat dhuha -
sementara matahari belum terik lagi.
Leka memerhati merpati dalam perjalanan balik ke hotel.
Perhatikan lampu berbentuk Kaabah dan menara yang menghiasi
sepanjang jalan ke masjid!
Asyraf dan Boy berpeluang menaiki Jabal Nur untuk masuk ke Gua Hira' -
ini suasana di dalamnya - agak sempit.
Pemandangan kota Makkah dari Gua Hira - Rasulullah SAW memerhati
Kaabah dari sini - kini Kaabah terlindung dek menara jam!

Kalau kita berbuka di rumah selain kurma dan minuman yang pelbagai macam warna dan rasa, kita dihidangkan juga dengan pelbagai juadah untuk menjamu selera. Sepanjang Mak Aji berbuka di masjid, biasanya kami hanya berbuka dengan dua biji buah kurma dan air zam-zam sejuk sahaja - walaupun begitu, nikmat berbuka tetap ada! - cukup untuk memberi tenaga untuk terawih berikutnya! Setelah selesai solat terawih dan kembali ke masjid (kalau tidak menyinggah untuk membeli kebab) barulah kami makan nasi yang disediakan. Alhamdulillah ok sahaja! Kalau di rumah, mana tahan ya!! 

Ternyata pengalaman berpuasa di tanah suci cukup berbeza sekali - kepuasannya cukup luar biasa! Waktu berlalu cukup cepat dan tanpa kami sedari tibalah masa untuk kami kembali ke tanah air. Pak Aji dan Asyraf melaksanakan tawaf wada lebih awal kerana mereka berlepas ke Yaman pada 2 Julai. Mak Aji, Boy dan Madihah pula melakukan tawaf tersebut pada pagi 3 Julai - sayu rasa hati meninggalkan tanah suci, terutama sekali apabila merenung Kaabah! Entah ada atau tidak rezeki berkunjung lagi, Allahualam! 


Kaabah yang ditinggalkan. Rindunya hati ini untuk berkunjung lagi!!

5 comments:

suka suka said...

Assalam Mak Aji... insyaaAllah datang lagi nanti tu... sama-samalah kita berdoa agar hajat kita kesampaian... ammiin..

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

Insya-Allah Mar, panjang umur moga kita dapat berkunjung lagi, amin!!!

Umm AA said...

salam makji..
syahdunya jikadapat merasa berpuasa ditanah suci...teringin nak kesana jugak..namun rsnya lambat lagilah dgn anak2 yg kecik nie..
suka tgk gambar2 yg makji kongsikan..

Ummu Madihah said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Memang terasa amat lain sekali pengalaman berpuasa di sana - lebih penghayatannya berbanding di tempat kita yang terlalu banyak distraction untuk berbuat ibadah. Di sana tumpuan kita hanyalah satu - mencari redanya! Insya-Allah Mak Aji doakan semua rakan taulan agar beroleh peluang menjejak kaki ke sana, juga beroleh kejayaan dunia dan akhirat, amin!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...