Followers

Friday, 18 October 2013

Panas Telinga

As-salam.

Mak Aji sekeluarga baru sahaja kembali dari kampung selepas berhari raya bersama-sama keluarga. Dalam pada seronok berhari raya adalah pulak seorang kawan FB yang memberi komen melampau yang menyebabkan Mak Aji berasa panas telinga. Kalau hilang sabar, mahu sahaja Mak Aji balas balik dengan komen ibarat pukul mati orang yang beri kenyataan itu!! Mahu tahu apa komennya??:

"Jem abih kelate.
 Dok luar negeri lelek lelek, balik. Nya pakak balik wak ggapo nyoh. Pah gak jem gilo lah. Wak susoh ko oghe hok lama ssinih. Serabut weh. Jok takdi lagi tok sapa2 koto baru..."

Orang KL makan jam hari-hari, bukan dua kali setahun tapi tak makan orang tau!
Sumber foto: news.abnxcess.com 

Untuk manfaat mereka yang tidak menguasai loghat Kelantan, ini terjemahannya:

Jam seluruh Kelantan.
Tinggal di negeri luar Kelantan tetapi asyik balik kampung sahaja. Entah apalah sebabnya masing-masing balik kampung. Sudahnya jam teruklah. Menyusahkan orang yang sudah lama tinggal di Kelantan. Kepala berserabut. Sejak tadi lagi belum sampai-sampai lagi ke Kota Bharu ...

Amacam, tidak ke pedas komen tersebut?? Sebenarnya tukang komen itu sudah beberapa tahun bersara pilihan dan balik kampung untuk membuka perniagaan di Kota Bharu. Dia pun berpuluh tahun juga merantau di KL bekerja mencari rezeki dan Mak Aji yakin saban tahun juga balik kampung untuk menziarah keluarga! Sudah lupa ke?????? Mentang-mentanglah sudah menetap Kelantan! Inilah Melayu yang memang sangat mudah lupa!

Rakyat Kelantan tidak akan balik kampung, meredah beratus-ratus kilometer secara suka-suka sahaja. Balik kampung perlu duit, perlu cuti, perlu kederat untuk memandu dan macam-macam lagi. Semuanya itu demi menyambung silaturrahim dengan keluarga, menjenguk ibu-bapa (yang entah bila akan pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya) serta saudara mara di kampung, dan maaflah, bukan semata-mata untuk menyusahkan orang kampung, tau!! Kami balik pun paling-paling  dua kali sahaja setahun, itu pun anda mahu berkira ke? Kami di KL hari-hari jalan sesak tahu!

Malaslah hendak cakap lebih lagi, setakat lepaskan steam di sini dan setakat itu cukuplah! Lain kali kalau mahu beri komen biarlah berhemah sedikit sebab akibatnya ramai yang hati mereka terguris dek komen anda! Sendiri mau ingat!





10 comments:

Umm AA said...

salam makji
jam dale kelate pun buke sokmo..time perayaan jah..tuh pun tok sabar doh..kalu gitu gak anok branok dio hok mano dok luar negeri toksoh balik lah..wat nyusoh ko dio jgk...

Tengkubutang said...

hu2.. jammed

zonaku said...

anggap sj dia kurang sabar sebab ada hal y dia terlepas disebabkan jem, meluah rasa tanpa berfikir dua kali.

tapi itulah..... kan? manusia.

peringatan untuk kita juga supaya x terbabas kata sepertinya

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Setuju sangat tu! Sedak sangak kato kok oghe, keno ke batang hidung sendiri baru tahu!

Salam Tenku Butang,

Itulah dia pengorbanan yang terpaksa kami yang merantau ini terpaksa tempuh setiap kali musim perayaan! Tak balik, rasa nak balik, dah balik makan jem, basar ajelah!

Salam Zonaku,

Betul tu, sama2lah kita beringat2 untuk menjaga mulut, tak pasal2 karang dapat dosa kering!

Aida Salleh said...

Pedas sungguh komennya. Saya seperti kenal jer dengan pemberi komen tu kak.Hehehee... Tapi mungkin silap juga. Takpelah. Semoga dia lebih berhemah pada masa akan dating.Sabar ya kak.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Memang berdesing telinga bila baca komennya tu! Kalau dah boleh agak tu, betullah tu! Orang ni dikaitkan dengan lif jenama LG - 'lif gila' kat ofis bangunan baru tu!

Takpe, dah tak berasap lagi telinga, he he!

Anonymous said...

Salam Mah..
Hehehe..panas telinga ya..kena u pulak balik. Memang nak ke KB sangat memenatkan selain Jalan yg bahaya..tapi demi keluarga dan negeri tempat dibesarkan tentu nak balik ke kg..habis takkan nak pi kg orang lain...

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Itulah dia, dalam dok seronok balik kampung, rasa macam kena penampar tawar je kat pipi! Potong stim betul!!

QA's ~ mamapapa said...

alahaiiii mak aji..mcm ni punya org pun ada ke,huh!!

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Itulah pasal, tiap kali teringat aje komen dia ni, geram aje rasanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...