Followers

Tuesday, 15 July 2014

Laughing All the Way to the Bank!

As-salam.

Selama banyak tahun Mak Aji tidak membuat sendiri biskut raya. Pada tahun ini teringin pula membuat beberapa jenis - kalau UmmuAidan-Arissa dari Aku di Fiji Islands dengan dua anak kecil boleh buat, kalau ikutkan Mak Aji pun bolehlah juga, kan (ikut teorinyalah)! Jadi, Mak Aji pun mulalah membuat biskut. Yang pertama dihasilkan, chocolate chip cookies resepi Cik Ning, yang kedua, kerepek gunting Ummu Aidan-Arissa. Yang seterusnya,..... 

Apapun kalau sudah mahu membuat kuih sendiri tentunya perlu membeli bahan-bahannya. Mak Aji selalu berkunjung ke sebuah kedai bahan kek yang terdapat di Bulit Rahman Putera, Sungai Buluh. Kali terakhir Mak Aji ke sana, agak terkejut juga Mak Aji sebab kedai itu penuh padat dengan kaum ibu yang membeli barang - terpaksa beratur jugalah untuk membayar di kaunter (bagaikan pekedai itu memberi barang percuma pulak!!). Pekedai itu juga dengan senyum manis melayan pelanggan yang membayar, walaupun memang sibuk dia serta stafnya melayan pelanggan! Apa tidaknya, Melayu yang mahu beraya sakan, dia yang membuat untung entah berapa banyak!! Berkilolah nanti duit yang dimasukkan ke mesin deposit wang di bank! Kalaulah ada kedai seumpama ini kepunyaan Melayu, bukankah bagus!? 

Mak Aji memang berbelanja barang-barang bakeri di sini tetapi tidak semua barang dibeli di sini. Mak Aji agak berhati-hati dengan barang seperti keju, perisa, esen dan sebagainya,. Takut juga kalau-kalau terbeli barang yang di dalamnya ada bahan terlarang, seperti alkohol!! Mak Aji ada pengalaman sendiri di kedai ini. Mak Aji ingin membeli esen vanila. Esen yang terjual mengunakan jenama kedai dan bukannya jenama Star yang biasa Mak Aji beli (yang bertanda halal). Mak Aji tanya - adakah esennya itu halal? Kata staf yang juga anaknya - ya (dengan yakinnya). Tambahnya lagi - semua barang yang terjual halal dan ramai pelanggannya orang Melayu. Pada masa yang sama Mak Aji ternampak perasa rum yang diletak sekali dengan perasa lain! Mak Aji sebut - yang ini rum. Rum ini arak, macam mana?? Yang ini halal juga ke?? Oh, errr!! - budak itu tergagap-gagap!

Sumber foto: http://www.cwmackie.com/Star-Brand.html

Mak Aji ada dengar banyak cerita tentang bahan bakeri yang mungkin mengandungi bahan yang terlarang. Antaranya - keju (rennet), marshmellow (bahan daripada cik bab), golden syrup (mungkin alkohol di dalamnya, kurang pasti), ovelette (penstabil - mungkin juga lemak bab??), kuah spaghetti dalam botol jenama tertentu (mungkin ditambah daging lembu - sembelih ke lembunya??), ............... panjang rasanya senarai ini!

Kalau membeli kek atau biskut yang sudah siap lain pula ceritanya. Yang ini kita juga perlu berhati-hati sebab bahan terlarang mungkin terselindung dalam bahan yang digunakan untuk membuatnya. Kalau mahu selamat, nampak gaya kenalah kita membikin sendiri. Membikin sendiri pun kita perlu berhati-hati memilih, jangan ikut sedap mulut pekedai yang dengan sewenang-wenang menyebut halal tanpa asas yang kukuh - seperti yang Mak Aji alami itu!!

Jadi, kalau ada kedai orang Islam yang menjual bahan-bahan bakeri ini, manfaatkanlah sepenuhnya. Kalau kita melihat orang yang laughing all the way to the bank itu orang Islam, legalah sedikit hati ini! Ini tidak, yang mahu beraya orang Islam, yang beraya sakannya terlebih dahulu orang bukan Islam!!  






2 comments:

Umm AA said...

salam makji,
wah dah mula marathon biskut raya yer..heheh..sib baik pak aji ade leh jg cucu2 kan...
sebenarnya kita takleh harap sgt ngan non muslim kalau bab2 halal haram dia nie..pd dorang haram tuh ade babi dok seketul situ..yg lainnya depa tak peduli...kitalah yg kena mencari yg halal kan...

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

He he, marathom sekut raya! Pak Aji takdok pun, masih kat Yaman lg, nak raya dgn Asyraf dulu baru balik. Madihahlah tukang jaga baby - Aleesya dok Cheras skrg, kat nurseri sbb Mak Aji x sempat jaga 2 baby serentak - dah tua ni x larat nak ngejar Aleesya. Memang mrk ni xleh harap. Kalau kita x kisah mrk lagilah x kisah! Cuma Mak Aji dok risau je org kita dok elok je beli, takut percaya kata mrk bab halal haram tu je, haisyyy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...