Followers

Tuesday 10 July 2012

Hentian R dan R Gua Musang

Dalam perjalanan balik ke Kota Bharu, kami menyinggah untuk bersolat Isyak di R dan R Gua Musang sekitar jam 4 pagi, malam Sabtu lepas. Selepas selesai solat, kami ke tempat makan. Alangkah terkejut Mak Aji dengan keadaan sekitar yang cukup menyedihkan - sampah bertaburan di lantai, tong sampah penuh sampai sehingga melimpah-limpah di luar tong. Singki juga kotor. Bilik air serta tempat ambil wudu manita juga agak menyedihkan!! 

Mengapalah sampai begini sekali?? Adakah sebab tiada pekerja yang bertugas membersihkan premis kerana cuti Jumaat?? Mak Aji orang Kelantan, terasa malu untuk mengaku orang Kelantan!! Beginikah sikap pihak berwajib dan juga pengguna kemudahan R dan R?? Tidak sanggup Mak Aji merakamkan foto premis ini sebab terlalu malu akan keadaan ini! 

Kebersihan itu separuh daripada iman - di manakah iman kita??? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...