Followers

Friday 20 July 2012

Hadiah Sempena Pencen

Mak Aji asyik tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan anda hadiah yang Mak Aji terima daripada rakan-rakan di ofis sempena pencen tempoh hari. Berikut foto gambar-gambar tersebut:

Daripada Aida Salleh.
Daripada PUSPANITA.
Daripada KESPA bahagian.
Daripada rakan baik.
Daripada Hasliha.
Daripada Dr. Fadhilah Jasmani.
Daripada Suzanti.
Jam daripada Azilzh (dah siap gantung bertemankan
kalimah Allah dan Muhammad).
Daripada Azura.
Daripada Nawal (kerongsang lupa hendak dirakam sekali),
Daripada Azizul.
Daripada Asiah Kassim.
Daripada Seri Banon dan Nazmah (ada dua yang sama).
Tupperware (buka tipuware) daripada Norimah dan Kit.
Daripada Filzah.

Kepada rakan-rakan semua di ofis yang Mak Aji tinggalkan, ucapan berbanyak-banyak terima kasih dihulurkan atas ingatan kalian. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk mengenali diri masing-masing sepanjang berkhidmat di ofis. Semoga kenangan sentiasa berkekalan seperti juga persahabatan yang sedia terjalin!! Mak Aji rindu akan anda semua!!



6 comments:

Sue Abd Aziz said...

Alhamdulillah... meriahnya hadiah tu kan... oklah tu, boleh 'sumbat' kat rumah baru nanti...hehehehh... Tanda kami sayang kat Mak Aji....

Ummu Madihah said...

He he, alhamdulillah! 'Rumah baru' pun dah agak penuh dah, almaklum orang tua, banyak barang! Sue tahu, bekas air yg Sue beri, si Naufal cucu Mak Aji cukup suka, pantang lepa, dimasukkan air ke dalamnya lepas tu buka paipnya. Beberapa kali kene tangkap semasa dia tengah tuang air!Tempoh hari masa anak-anak cucu berkumpul, nak gunalah bekas tu tp umi dia kata jangan, takut pecah, lalu belum lagilah pakai!

izla said...

rezeki orang pencen.
tak sangka orang pencen pon dapat hadiah macam orang baru kawin. hehe

selamat berpuasa mak aji :)

Ummu Madihah said...

Memang terasa macam baru kahwin, dapat byk hadiah!!

Aida Salleh said...

Semoga pemberian yang tidak seberapa itu dapat dimanafaatkan oleh akak sekeluarga dan mengingatkan akak pada kami. :-)

Ummu Madihah said...

Alhamdulillah sudah dimanfaatkan sebahagian besarnya, terutama sejadah Aida tu!! Sesekali rindu nak gi ofis, bukan nak kerja, nak jumpa kawan-kawan, makan-makan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...