Followers

Tuesday 17 July 2012

Apa Nak Buat Jika .......

Semasa Mak Aji kembali untuk mengambil kereta di tempat letak kereta di Bandar Baru Sungai Buloh, Mak Aji terpandang kereta dalam foto berikut. Kalaulah anda balik ke kereta dan ini rupa kereta anda, bagaimanakah reaksi anda agaknya????:

Kasihan tuan kereta!!

Beberapa minggu lepas anak Mak Aji, Hanif yang juga memandu Kancil, keretanya dikopak di tempat letak kereta berbayar berdekatan tempat kerjanya di Jalan Ipoh. Cermin kecil di tempat duduk belakang dipecahkan dan radio diambil. Hanif menelefon Mak Aji dan minta untuk bercakap dengan abahnya - agak pelik sebab kalau ada apa-apa biasanya Mak Ajilah tempat dia mengadu. Dia tahu agaknya Mak Aji tentu panik jika diberitahu. Abahnya selamba sahaja menyuruhnya balik ke rumah sahaja dan selesaikan hal itu di rumah. 

Sehari dua ini, macam-macam hal yang berlaku, samun berlaku di merata tempat tanpa kira waktu, baik siang malam - entahlah! Semacam terdesak segelintir manusia yang tidak berhati perut!! Semoga Allah SWT melindungi kita dan keluarga kita. Jika mahu keluar rumah, jangan lupa untuk memasang perisai doa perlindungan. Yang Mak Aji amalkan, Bismillahi tawakkaltualallah, ayat Kursi serta tentunya doa menaiki kenderaan.


2 comments:

Sue Abd Aziz said...

Iyelah Kak Shimah, sekarang ni jenayah menjadi-jadi. Mohon supaya Allah SWT lindungi kita semua daripada perkara yang tak diingini... Amin.

Ummu Madihah said...

Sekarang kalau boleh nak keluar pun berteman, diri sentiasa beringat-ingat dan bertawakal kepada Allah, juga berbekal ayatul kursi agar beroleh perlindungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...